Bukan pendatang baru dalam dunia lakonan, pelakon Reen Rahim berkata dia semakin kebal dan sudah lali dengan kec4man netizen memandangkan hampir lapan tahun berasa dalam industri hiburan tanah air.
Meskipun sering dikec4m kerana tampil berpakaian sekksi dan mencolok mata, bagaimanapun Reen berkata dia sudah terbiasa dengan sepak teraj4ng dunia hiburan.
Katanya lagi, dia selesa menjadi diri sendiri. Ujarnya, dia mahu berkongsi bakat menerusi lakonan dan usah campur aduk dengan realiti kehidupannya sebenar.
“Lakonan adalah minat saya. Kehidupan sebenar pula ketika saya menjadi diri sendiri, bukannya pelakon. Tetapi, saya anggap satu kejayaan apabila lakonan menjadi bualan penonton hingga mereka mengambil tahu tentang diri saya,” katanya kepada BH Online.
Akui tidak kisah dengan kec4man dilemparkan, Reen berkata dia akan mengambil pendekatan menutup ruangan komen di Instagram kerana tidak mahu memeningkan lagi kepala.
“Jujurnya, saya tak pernah kisah dengan komen dan kec4man. Cuma, saya tak mahu memeningkan kepala untuk hal tidak perlu. Ini cara hidup saya. Tiada guna membiarkan komen negatif menerjah dalam hidup.
“Cuma, tak semua ada kekuatan untuk menepis komen negatif. Bagaimana perasaan keluarga dan peminat yang sayangkan saya. Jadi, saya tak mahu komen buruk mengganggu em0si mereka,” katanya.
View this post on InstagramDo i look Chindian? with this lovely Cheongsam from @maglifestyleofficial
Salah satu foto Reen yang dikec4m netizen
KOMEN NETIZEN :
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Tube Viral
Sumber : Rotikaya
Be the first to comment on "“Pervt Cover Sikit..” Penampilan Reen Rahim Tarik Perhatian"