Neelofa Masih Kunci Mulut Sekali Ada Orang Boc0r Tarikh Nikah?

KUALA LUMPUR: Hubungan istimewa selebriti popular, Neelofa, 31, dengan pendakwah bebas, Haris Ismail atau Riz, 25, mula menjadi tumpuan apabila mereka bekerjasama menerusi program anjuran Pertubuhan Kasih Neelofa.

Menguatkan desas-desus perhubungan cinta yang terjalin apabila kakak Neelofa, Noor Nabila Mohd Noor memuat naik video pendek menerusi Instagram (IG) Story memaparkan Neelofa dan Riz berbual dan berpakaian sedondon pada majlis perkahwinan adik mereka.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Alhamdulillah. MasyaAllah Tabarakallah Allah SWT Maha Mendengar. 😭 I pray only the best for both of you @neelofa @hrisbismail 😭🤲🏻 #neelofa #ilofayou #alhamdulillah

A post shared by Neelofa’s Fan (@lofasouls) on

Awalnya, pemilik nama penuhnya, Noor Neelofa Mohd Noor menafikan mempunyai hubungan istimewa dengan pendakwah yang dikenali menerusi program Pencetus Ummah itu, selepas video mereka tular.

Namun, kini, sudah terang lagi bersuluh apabila Ahad lalu berlangsungnya majlis merisik di kediaman ibu bapa Neelofa di Taman Tun Dr Ismail. Malah, laman sosial dibanj1ri dengan beberapa foto Neelofa dan Riz bersama anggota keluarga yang hadir.

Seluruh anggota keluarga pasangan berkenaan dilihat terlebih dahulu menunaikan solat Asar yang diimamkan oleh Riz.

Cubaan BH Online mendapatkan kepastian Neelofa gagal apabila pengacara Next To Neelofa itu terus mengunci mulutnya. Mengikut sumber keluarga yang turut hadir pada majlis berkenaan, Neelofa dan Riz bakal disatukan sebagai pasangan suami isteri pada Mac 2021.

Neelofa turut memuat naik gambar sekitar majlis berkenaan dalam laman sosial, tetapi tidak memberitahu secara jelas.

Terbaharu, Neelofa memuat naik foto bersama ibu serta doa Nabi Ibrahim untuk orang tuanya sebagai kapsyen.

“Ya Tuhan kami, ampunilah aku dan kedua ibu bapaku dan orang-orang mukmin pada hari terjadinya h1sab (hari k1amat),” tulisnya.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Bismillahhirohmanirohim Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim.. syukur ku padamu Ya Rabb .. saat yang ku tunggu2 dah pun tiba, kau hadirkan insan istimewa yg bakal membimbing bidadari kesayangan ku.. aku yakin dgn ketentuanmu, yang mana insan ini dapat membahagiakannya, dapat menyerikan dan melengkapi hidupnya,yang akan menyokong setiap apa saja urusan nya.. Ya Allah jadilah mereka penyebab kami menjadi tetamu istimewamu disyurga mu nanti .. amiinn @neelofa ku sayang, jantung hatiku, intan permataku,setiap detik dan setiap saat mama mendoakan yang terbaik untuk mu sayang .. mama love you very much❤️

A post shared by Noor Kartini Noor Mohamed (@noorkartini) on

Menerusi entri dalam IG ibunya, Noorkartini Noor Mohamed seakan mengesahkan spekulasi anak perempuan kesayangannya sudah dipinang orang.

“Syukur padamu Ya Rabbi… Saat yang kutunggu sudah pun tiba. Kau hadirkan insan istimewa yang bakal membimbing bidadari kesayanganku.

“Saya yakin dengan ketentuanMu, yang mana insan ini dapat membahagiakannya, dapat menyerikan dan melengkapi hidupnya.

“Yang akan menyokong setiap apa saja urusannya. Ya Allah jadilah mereka penyebab kami menjadi tetamu istimewaMu di syurga,” tulisnya dalam IG.

Tidak hanya itu, entri IG disusuli dengan luahan ibunya mengenai puteri kesayangannya itu.

“Wahai anakku, ketika aku mengandungkanmu, aku dapat rasakan yang sesuatu luar biasa, perjalanan sembilan bulan itu amat indah untukku, lahirmu membahagiakanku, memelvkmu memberi kepuasan kepadaku, melihat keletahmu membuatku sentiasa rindu padamu.

“Wahai anakku, kau tetap anak kecil di mataku yang tak jemu aku membelau dan menc1ummu. Kaulah cinta hatiku,” tulisnya.

Sementara itu, menerusi entri IG, Noor Nabila mendoakan yang terbaik untuk adiknya dalam menempuh fasa baharu dalam kehidupan.

“Semoga hanya yang terbaik sahaja untukmu adikku.” tulis Noor Nabila.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Tube Viral

Sumber : BH

Apa komen anda?

Be the first to comment on "Neelofa Masih Kunci Mulut Sekali Ada Orang Boc0r Tarikh Nikah?"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*