Tak Jadi Umum Nikah

Pelakon dan penyanyi, Ayda Jebat memohon maaf kepada peminat kerana tidak dapat berkongsi tayangan #BilaAydaJatuhCinta seperti yang telah diberitahu menerusi media sosial sebelum ini.

Atas beberapa kekangan, penyanyi Mata itu turut merakamkan ucapan terima kasih buat semua yang menantikan tayangan berkenaan yang sepatutnya dilancarkan pada Jumaat, jam 9 malam di saluran YouTube, Wuvv Show.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

😖😖😖 Assalamualaikum and hi. Sorry, due to some issues, kami tak dapat tayangkan #BilAydaJatuhCinta 9 malam tadi. Maaf dan thank you kepada yang menunggu. Insyaallah hari ni. Terima kasih banyak. 🙏🥺 Make sure to subscribe and on notification at our YouTube, WuvvShow. See you very soon. 🤍 #AydaJebat #NabilMahir #WuvvShow #BilAydaJatuhCinta

A post shared by Ayda Jebat (@aydajebat) on

 Ini kerana episod tersebut antara lain difahamkan bakal mengenang fasa jalinan cintanya bersama tunang tersayang, hos Nabil Mahir selain keduanya bakal membuat pengumuman mengenai tarikh nikah mereka.

“Assalamualaikum and hi. Sorry, due to some issues, kami tak dapat tayangkan #BilAydaJatuhCinta 9 malam tadi.

“Maaf dan thank you kepada yang menunggu. Insyaallah hari ni (Sabtu). Terima kasih banyak.

“Make sure to subscribe and on notification at our YouTube, WuvvShow. See you very soon,” tulis Ayda pada satu hantaran di Instagram.

Terdahulu, pasangan selebriti ini telah berkonngsi akan membuat pengumuman mengenai tarikh nikah mereka menerusi video episod pertama #BilAydaJatuhCinta di Instagram.

Video #BilAydaJatuhCinta difahamkan bakal bersiaran selama 10 episod menerusi platform sama.

Sementara itu menerusi ruangan komen, para peminat yang sedia maklum mengenai perkara berkenaan masih tidak sabar untuk mengetahui hari bersejarah keduanya selain turut mendoakan agar urusan Ayda dan Nabil dipermudahkan.

Foto: Instagram Ayda Jebat

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Tube Viral

Sumber : MH

Apa komen anda?

Be the first to comment on "Tak Jadi Umum Nikah"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*