Jamal Abdillah Dapat Anak Lelaki

Legenda pop negara, Datuk Jamal Abdillah dan isteri Datin Zai Izzati dikurniakan cahaya mata keempat di sebuah hospital swasta di Ipoh hari ini.

Memetik laporan Astro Awani, bayi lelaki yang selamat dilahirkan sekitar setengah jam lalu diberi nama El Issac Yamani.

Jamal atau nama sebenarnya, Jamal Ubaidillah Ali, 61, berkata tiada apa yang mampu dizahirkannya selain mengucapkan rasa syukur pada Allah kerana diberikan rezeki cahaya mata.

“Allah sahaja yang tahu perasaan saya ketika ini. Menerima anak pada usia sebegini adalah rahmat yang sukar digambarkan dengan kata-kata. Saya dan isteri menerima kelahiran ini dengan penuh rasa syukur,” kata Jamal kepada Astro AWANI.

El Issac Yamani yang dilahirkan sempurna dan sihat itu juga sudah mempunyai panggilan timangan iaitu Zack yang merupakan nama karakter Jamal dalam filem Azura sekitar tahun 1980-an.

Jamal berkata, isterinya sepatutnya dijangka melahirkan anak mereka pada 17 November namun mereka sepakat melakukan pembed4han kelahiran pada hari ini kerana tarikhnya yang unik dan istimewa. 

“Kami ambil tarikh 11.11.2020 kerana mudah untuk ingat tarikh lahir Zack nanti,” cerita Jamal lagi.

Selain Zack, anak ketiga Jamal iaitu Nur Azura Yamani juga dilahirkan pada hari yang mudah diingati iaitu pada 10.10.2019.

Jamal dan Zai Izzati, 25, melangsungkan pernikahan pada 1 April 2017.

Penyanyi yang terkenal dengan lagu Kekasih Awal Dan Akhir itu sebelum ini memiliki dua anak iaitu Osama Yamani, 18, dan Ahmad Zaki Yamani, 13 menerusi perkahwinan sebelum ini manakala Azura merupakan anak perempuan tunggalnya.

Sumber: Astro Awani

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Tube Viral

Sumber : GEMPAK

Apa komen anda?

Be the first to comment on "Jamal Abdillah Dapat Anak Lelaki"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*