Rumah Nenek Berusia 70 Tahun Yang Menunggu Masa ‘Semb4h Bumi’ Ini Yg Dilakukan Oleh Ustaz Ebit Lew Buat Ramai Sebak

Pendakwah bebas terkenal Ustaz Ebit Lew sekali lagi membuatkan ramai tersentvh apabila menziarahi sebuah rumah us4ng yang didiami seorang warga emas berusia 70 tahun.

Terletak di Tumpat, Kelantan, rumah berkenaan kelihatan sungguh us4ng dengan bahagian atap yang boc0r serta lantai hampir rob0h.

Menurut Ebit, rumah berkenaan sungguh kecil dan segalanya dibuat di ruang tamu termasulah tempat tidur, masak mahupun kerja-kerja mengupas ikan bilis.

Jelasnya, dia kemudian mengambil inisiatif untuk membantu menyiapkan rumah nenek tersebut dengan lebih sempurna.

“Alhamdulillah pagi ini dapat bantu bawa kayu, zink, dan keperluan buat rumah untuk nenek ini berumur 70 tahun. 

“Makcik ini menangis, katanya setiap hari 12 tahun berdoa nak bagi ada rumah dan tempat solat sempurna jer.

“Tangisannya buat saya rasa sebak sayu. Saya minta beliau doakan saya. Syukur tadi bersama orang tempatan dan rakan yang lain dapat membantu makcik ini. 

“Ya Allah tuhanku sedih rasanya,” katanya.

Tambah Ebit lagi, dia juga sudah membayarkan upah tukang rumah dan kerja menaik taraf mungkin mengambil masa 10 hari.

“Kerja dah dimulakan, Insya-Allah 10 hari ini boleh siap semuanya. 

“Makcik ini gembira sangat. Beri juga sedikit sumbangan belanja tadi,” katanya.

Kisah tersebut dikongsi Ebit menerusi beberapa posting di Facebooknya semalam.

Anda boleh lihat posting tersebut dibawah.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Tube Viral

Sumber: GEMPAK ,MH

Apa komen anda?

Be the first to comment on "Rumah Nenek Berusia 70 Tahun Yang Menunggu Masa ‘Semb4h Bumi’ Ini Yg Dilakukan Oleh Ustaz Ebit Lew Buat Ramai Sebak"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*