‘Harap Disukai’

PELAKON, Atikah Suhaime dipilih melakonkan watak penyanyi, Siti Nordiana dalam drama Aku Seorang Perempuan.

Drama yang diinspirasikan daripada kisah hidup penyanyi itu juga diadaptasi dari buku biografi kedua penyanyi itu, Bukan Perempuan Biasa yang dijangka diterbitkan serentak dengan drama itu tahun depan.

Atikah mengakui menjadi tekanan buat dirinya untuk melakonkan watak itu kerana Siti Nordiana atau mesra disapa Nana mempunyai kelompok peminat yang besar.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Siti Nordiana Alias (@sitinordiana)

“Sebelum ini saya pernah berlakon dengan Nana. Malah, ketika sekolah saya selalu mendengar lagu-lagu Nana. Tidak menjangka pula sekaramg saya kena berlakon menjadi diriya.

“Sejujurnya, ada tekanan sebab Nana mempunyai peminat yang ramai. Saya sudah baca jalan cerita, tapi masih cuba mendalami watak ini. Saya tidak mahu sekadar belakon drama biasa. Ini adalah kisah mengenai seseorang atau biografi individu yang dikenali, jadi saya cuba yang terbaik. Harapnya peminat Nana suka.

“Dalam masa sama, saya masih mencari dan mengkaji keperibadian Nana. Ditambah pula Nana seorang yang lemah lembut. Pendek kata kami memang berbeza karakter. Jadi, watak ini lain daripada kebanyakan watak yang pernah saya lakonkan,” katanya.

Atikah yang melakonkan watak bernama Siti Noraisya berkongsi, dia mengambil inisiatif menonton semua video membabitkan Nana bagi mendapatkan gambaran lebih jelas.

“Cerita ini adalah inspirasi perjalanan hidup Nana, jadi saya perlu untuk menjadi Nana dan menghidupkan watak itu. Apa saya buat adalah berjumpa dan borak dengan Nana. Saya bertanya perasaan dilalui.

“Selain itu, saya banyak menonton video membabitkan Nana untuk rujukan tambahan. Babak membabitkan persembahan menyanyi, saya hanya akan ‘lyp sync’,” katanya.

Drama terbitan syarikat Brotherhood itu diarahkan oleh Hashim Rejab dan ia sebahagian daripada program Inisiatif Seni Kreatif (ISK) TV dengan kerjasama Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas).

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Tube Viral

Sumber : HM

Apa komen anda?

Be the first to comment on "‘Harap Disukai’"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*