Pelakon Azhar Sulaiman akui telah membesarkan keluarganya dengan cara moden sehingga aksi dan penampilan anaknya terutama Kasih Iris Leona, 18, menimbulkan rasa kurang senang di kalangan netizen.
Pun begitu, sebagai ketua keluarga Azhar berkata dia masih cuba berusaha untuk memperbetulkan apa yang patut dalam bimbingan dan didikannya.
“Saya akui kami hidup dalam keluarga yang agak moden dan ‘urban’ sejak dari awal lagi.
“Jadi apa yang berlaku pada anak-anak saya mungkin saya galas kesil4pan saya sendiri. Saya ambil pengajaran ini untuk membentuk anak saya menjadi seorang yang baik sehingga tiada ruang untuk netizen kec4m.
“Saya juga nasihati mereka jika buat kesilapan itu cuba perbetulkannya dan kembali mendekatkan diri dengan Islam.
“Apa-apa pun marilah berharap agar mereka mengambil langkah yang selamat dalam apa jua yang mereka lakukan. Insya-Allah mereka pasti sedar,” katanya kepada Gempak.
Leona sering menjadi tumpuan di kalangan netizen dengan aksi dan penampilannya yang lebih kepada kebaratan dan moden.
Terbaharu, Leona dikec4m gara-gara merakam dirinya dari aplikasi TikTok ketika berada di dalam kelas dalam sebuah institusi pengajiannya.
Mengulas mengenai pelbagai kecaman yang telah diterima anaknya itu sebelum ini, Azhar akui anaknya belum matang.
“Saya rasa dia masih muda dan kadang-kadang belum matang untuk mengawal situasi yang dihadapinya.
“Sepatutnya dia tidak perlu menjawab atau balas kembali teguran dari netizen itu,” katanya lagi.
Leona pada Mac lalu turut hangat diperkatakan apabila dia dan kembarnya Andika Rees Pahamin berjaya meraih pencapaian terbaik dalam SPM 2019.
Azhar berkahwin dengan isterinya, Chempaka Emalin Pahamin dan mereka dikurniakan sepasang kembar Leona dan Andika Rees Pahamin serta Kasih Leia Ixora yang berusia 21 tahun.
Terbaharu, Azhar membintangi filem Bikin Filem yang kini sedang ditayangkan di Astro First.
Filem yang menampilkan realiti pembikinan filem itu turut menampilkan bintang-bintang lain seperti Sherry Alhadad, Azhan Rani, Amerul Affendi, Mark Adam, Azrel Ismail, Sharifah Sakinah, Scha Alyahya, Erra Fazira, Zain Hamid, Jasmin Hamid, Syazwan Zulkifly, Kodi Rasheed, Kamarool Hj Yusoff, ‘Raja Dubsmash Malaysia’ Ucop dan ramai lagi.
View this post on Instagram
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Tube Viral
Sumber : GEMPAK
Be the first to comment on "Mengaku Silap Didik?"