Ramai Terkejut Aishah Ganti, Sekali Siti Nurhaliza Beri Komen Yg Tak Disangka

Akhirnya terjawab juga teka-teki penyanyi yang menggantikan Dato Sri Siti Nurhaliza di pentas Semi Final Muzik-Muzik 35. Penyanyi nombor satu negara itu tersenarai menerusi dua buah lagu di pentas separuh akhir iaitu 7 Nasihat dan Aku Bidadari Syurgamu.

Nampaknya, kedua-dua penyanyi yang mengantikan Siti Nurhaliza iaitu Aishah dan Shiha Zikir telahpun membuat persembahan yang cukup baik. Tahniah diucapkan kepada 7 Nasihat telah dinobatkan sebagai Lagu Terbaik Separuh Akhir bagi hari yang kedua.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Siti Nurhaliza Tarudin (@ctdk)

Penyanyi asal lagu Aku Bidadari Syurgamu itu sempat memuat naik video rakaman perbualan telefon bersama Aishah yang menggantikan tempatnya di pentas separuh akhir. Perbualan telefon tersebut kedengaran Siti Nurhaliza mengucapkan terima kasih kepada pencipta lagu iaitu Ippo Hafiz dan Aishah yang sudi membawa lagu tersebut.

Sementara itu, Siti Nurhaliza juga berkesempatan mendoakan Shiha Zikir, pencipta lagu iaitu Kmy Kmo dan Luca agar membuat persembahan yang terbaik pada malam tersebut. Tambahnya, dia bersetuju setelah mendengar demo lagu 7 Nasihat buat pertama kalinya dan bercadang untuk dimuat naik ke dalam album Manifesta Siti 2020. Malah, lagu yang mempunyai kombinasi tradisional dan moden ini akan memberi pengajaran kepada semua pendengar khususnya anak muda.

Lagu 7 Nasihat yang dinyanyikan Shiha Zikir, Kmy Kmo dan Luca itu telah dinobatkan sebagai Lagu Terbaik Separuh Akhir bagi hari kedua. Jika sebelum ini, hari pertama Separuh Akhir Muzik-Muzik menyaksikan lagu Hati nyanyian Hael Husaini dinobatkan sebagai Lagu Terbaik.

Jadi, lagu manakah lagu yang bakal menempatkan mereka ke pentas Anugerah Juara Lagu ke-35? Mari kita nantikan debaran bagi hari terakhir iaitu pada 22 November 2020, jam 9.00 malam bersiaran langsung di TV3 atau anda boleh saksikan di Tonton dan Youtube TV3 Malaysia Official.

Sumber: CTDK, TV9Malaysia Offcial

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Tube Viral

Sumber : OHBULAN

Apa komen anda?

Be the first to comment on "Ramai Terkejut Aishah Ganti, Sekali Siti Nurhaliza Beri Komen Yg Tak Disangka"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*