Isteri dedah keadaan terkini Alif

Kuala Lumpur: Isteri kepada penyanyi Alif Satar, Sha Dila Halid memaklumkan suaminya berada dalam keadaan baik dan enggan terlalu memikirkan apa yang dilaluinya ketika ini.

Sha berkata, Alif yang kini menjalani kuarantin di sebuah pusat perubatan di Melaka mengisi masa terluang dengan melakukan aktiviti berfaedah.

“Saya tahu em0si dan fikiran Alif terg4nggu, namun dia tak mahu larut dengan perasaan dan kegel1sahan hati. Alif cuba alih perasaan tidak tenteram dengan bersenam, membaca al-Quran dan pelbagai aktiviti lain. Dalam masa sama, Alif juga bimbangkan keadaan saya dan anak-anak.

“Jika ikutkan, Alif nak minta dipindahkan ke pusat perubatan di Sungai Buloh, tetapi doktor tidak membenarkan. Saya tak putus berdoa supaya suami terus kuat dan sembuh secepat mungkin,” katanya.

Menurut Sha, sebagai kontak rapat, dia dan tiga cahaya mata, Alisha Anugerah, 4, Ariana Mecca, 2, dan Muhammad Ali, 1, sudah melakukan ujian saringan di kediamannya, jam 9.30 pagi, hari ini.

“Saya minta jauh dari dij4ngkiti Cov1d-19, selama ini. Satu pengalaman yang saya percaya semua orang enggan melaluinya, tetapi akhirnya datang juga. Saya hanya reda dan pasrah. Jauh di lubuk hati, saya mengharapkan keputusan yang diperoleh menyebelahi saya dan anak-anak.

“Saya menitiskan air mata melihat tiga cahaya mata perlu melalui ujian swab. Anak sulung agak okay dan hanya terkejut apabila melakukan ujian calitan pada bahagian hidung dan mulut.

“Anak kedua mulanya agak takvt, tetapi berjaya ditenteramkan. Anak bongsu pula hanya menangis sekejap, kemudiannya kembali tenang,” katanya.

Katanya, dia memohon orang luar untuk mendoakan keluarga dan kontak rapat lain akan mencapai keputusan negatif.

“Andai kata mendapat keputusan negatif, saya dan anak-anak akan melakukan ujian swab kali kedua untuk memastikan kami benar-benar selamat dan negatif,” katanya.

Sha berkata, selepas membuat persembahan pada Separuh Akhir Muzik Muzik (SFMM) Ke-35 Jumaat lalu, keesokan harinya Alif terus ke Melaka untuk menghabiskan baki penggambaran drama Penjara Janji terbitan JS Pictures selepas solat Subuh.

“Suami mengetahui kontak rapat yang ditemui pada Selasa lalu positif Cov1d-19 pada tengah hari. Dia tidak berlengah dan terus ke sebuah pusat perubatan di Melaka untuk menjalani ujian saringan dan mendapat keputusan positif semalam,” katanya.

Dalam pada itu Alif mengucapkan rasa syukur dan sebak selepas menerima pesanan dan doa dari Ustaz Abdul Karim.

Berikut rakaman video yang di muat naik Aliff ke Ig rasmi beliau

” MASYAALLAH.. Alif terima banyak ucapan dan doa dari kalian semua.

“Alif terima pesanan khas dari ustaz @abdulkarimalmakki sebentar tadi.. ada doa dan pesanan yang Ustaz ada titipkan dalam video ni yang Alif rasa boleh sunt1k semangat buat semua yang sama situasi dengan Alif. Dari Alif sendiri sebagai pesak1t cov1d19, alif cukup memahami apa yang sedang oleh pesak1t dan juga bekas pes4kit cov1d19 dari segi m3ntal.. No one asked to be s1ck, and trust me I don’t even wish this upon my w0rst enemy. Jadi alif cukup memahami apa yang sedang oleh pes4kit dan juga bekas pes4kit cov1d19 dari segi m3ntal.. No one asked to be s1ck, and trust me I don’t even wish this upon my w0rst enemy. Jadi alif memohon agar semua teruskan berdoa buat semua yang terkesan dengan Cov1d19 agar terus kuat untuk kembali sembuh dan semoga w4bak ini pergi meninggalkan kita secepat mungkin.

p/s Terima kasih frontliners yang bertungkus lumus membantu dan menjaga situasi cov1d19 di negara kita. I am witnessing this first hand, they are the truly superheroes. What they are doing are truly remarkable. THANK YOU.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Tube Viral

Sumber: MEDIAVIRAL

Apa komen anda?

Be the first to comment on "Isteri dedah keadaan terkini Alif"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*