” Tanpa mengira sama ada ahli pekerja sektor formal atau bekerja sendiri, aktif mencarum atau tidak, selagi terjejas pendapatan dengan ketara, bolehlah mengeluarkan simpanan dari akaun satu KWSP.”
Demikian kenyataan Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz yang mengg4matkan dewan rakyat apabila rata-rata ahli parlimen memberi ‘sorakan’ sebagai tanda setuju.
Tengku Zafrul berkata, tidak kira sama ada disebabkan hilang pekerjaan atau terkurang pendapatan mereka tahun ini, pencarum layak memohon untuk membuat pengeluaran daripada akaun satu KWSP.
8 juta ahli dapat manfaat, pengeluaran maksimum RM10 ribu
Program i-Sinar Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) kini dibuka dan diperluaskan kepada semua ahli yang terjejas pendapatan mereka.
” Daripada dua juta ahli yang layak sebelum ini, i-Sinar kini kita buka kepada lebih lapan juta ahli.
” Tambahan pula, had pengeluaran i-Sinar juga dinaikkan daripada RM6,000 kepada RM10,000 membabitkan peruntukan RM70 bilion,” katanya pada sesi penggulungan Rang Undang-undang Perbekalan 2021 (Belanjawan 2021) peringkat dasar di Dewan Rakyat, hari ini.
Cara nak mohon adalah menerusi online hadir ke pejabat KWSP
Menurutnya, pemohon cuma perlu memohon dalam talian atau hadir di mana-mana pejabat KWSP dengan menunjukkan bukti kehilangan pekerjaan, notis cuti tanpa gaji, potongan gaji, elaun atau bayaran lebihan masa dan pengurangan pendapatan jika bekerja sendiri.
Untuk memohon menerusi online, pemohon perlu layari portal rasmi i-Sinar;
https://isinar.kwsp.gov.my/ (laman web masih dalam proses kemas kini, tunggu pengumuman bila anda boleh mula mohon)
” Pada Mac tahun ini, disebabkan keadaan yang luar biasa, kerajaan inilah yang pertama sekali membenarkan pengeluaran daripada akaun dua KWSP melalui program i-Lestari.
” Seramai 4.7 juta rakyat dibenar mengeluarkan simpanan akaun dua sehingga RM6,000.
” Selain itu, melalui ucapan Belanjawan 2021, kerajaan mengumumkan bantuan khas ‘one-off’ kepada petugas barisan hadapan kesihatan sebanyak RM500,” katanya.
Menurutnya, sepanjang perbahasan, pihaknya mendengar cadangan daripada pelbagai mengenai perlunya mempertimbangkan bantuan khas untuk barisan hadapan yang lain yang turut bertugas dengan penuh dedikasi dan komitmen.
” Justeru, ingin saya umumkan kerajaan bersetuju untuk memanjangkan bantuan khas secara one-off kepada semua petugas barisan hadapan lain sebanyak RM300.
” Selain itu, Kementerian Kewangan akan menyalurkan dana tambahan berjumlah RM50 juta lagi menggunakan Kumpulan Wang COVlD-19 (KWC) untuk Sabah pada Disember 2020,” katanya.
Katanya, selain itu kerajaan akan memperluaskan lagi kategori penerima pemberian one-off RM500 Pingat Jasa Pahlawan Negara kepada kategori pesara dan bekas polis dengan implikasi penerima tambahan dianggarkan seramai 40,000 orang lagi.
” Ini menjadikan jumlah penerima pemberian one-off ini seramai 80,000 orang dengan anggaran implikasi kewangan sebanyak RM40 juta.
” Selain itu, kerajaan juga mencadangkan kenaikan kadar Elaun Sara Hidup Nelayan Darat (ESHND) daripada RM200 kepada RM250 sebulan bagi 3,400 nelayan darat yang berdaftar.
” Seperti yang dipohon oleh YB Baling, saya ingin mengesahkan Bantuan Musim Tengkujuh (BMT) akan diteruskan dengan bayaran RM300 sebulan akan dibayar pada Disember 2020, Januari 2021 dan Disember 2021, kepada pekebun kecil yang layak di bawah Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA) dan Lembaga Industri Getah Sabah (LIGS),” katanya.
Seterusnya, Tengku Zafrul berkata, kerajaan menggalakkan pemilik bangunan atau ruang perniagaan yang menikmati penangguhan atau moratorium bayaran balik pinjaman selama enam bulan untuk mengambil tindakan sewajarnya untuk mengurangkan bebanan sewa premis perniagaan yang ditanggung oleh golongan Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) yang menyewa.
” Melalui Pakej Rangsangan PENJANA, pemilik premis perniagaan atau pemberi sewa yang memberikan pengurangan atau pelepasan sewa kepada penyewa premis perniagaan yang terdiri daripada PKS akan diberi potongan cukai khas tetapi ini berakhir pada September 2020.
” Potongan ini tertakluk kepada syarat pengurangan sewa hendaklah sekurang-kurangnya 30 peratus daripada kadar sewa asal bagi tempoh itu,” katanya.
[UPDATE] Untuk makluman semua, cubaan untuk mengakses ke laman web KWSP juga tergendala.
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Tube Viral
Sumber : https://www.asiakini.com/2020/11/26/semua-boleh-mohon-10k-kwsp/
Be the first to comment on "Sah Kerajaan Benar Keluarkan RM1O,OOO KWSP. Ketahui Cara Bagaimana Nak Mohon"