10 Wanita Muslim Yang Terkaya Di Dunia

Memiliki wajah yang cantik rupawan tentunya menjadi impian setiap wanita di dunia ini. Ditambah pula dengan harta kekayaan yang melimpah. Pastinya kehidupan seperti ini sangat sempurna. Ramai orang mengatakan bahawa jika seorang wanita dilahirkan dalam keluarga yang kaya raya dan pada masa yang sama mereka juga memiliki wajah yang cantik, itu adalah keberuntungan dan anugerah yang terindah dalam kehidupan.

Yang menjadi persoalannya, adakah wanita Islam yang mempunyai kriteria seperti cantik dan kaya? Jawapannya YA, mereka kebanyakannya adalah puteri atau permaisuri kerajaan yang hartanya bukan saja berasal dari keluarga mereka sahaja, tetapi juga dari kerja keras, pelaburan dan banyak perniagaan yang mempunyai nilai yang sangat tinggi.

Jom kita tengok antara 10 senarai wanita muslim yang cantik dan terkaya di dunia yang telah dipetik dari pelbagai sumber.

Ameerah Al Taweel (Anggaran Kekayaan: USD 28 Billion)

via brilio.net

Putri Ameerah Al Taweel yang berasal dari Arab Saudi telahpun bernikah dengan Putera Alwaleed Bin Talal iaitu seorang ahli perniagaan dan merupakan Kerabat Diraja Saudi. Tetapi mereka telah bercer4i pada tahun 2013.

Putri Ameerah adalah wakil Ketua Yayasan Al-Waleed Bin Talal dan merupakan salah seorang pemimpin di Silatech. Dia juga merupakan seorang ahli kemanusiaan yang memfokuskan diri pada program mempertahankan hak wanita dan juga anggota Saudi Volunteering Society. Putri Ameerah adalah salah satu wanita yang berpengaruh di negaranya dan juga pemilik Kingdom Holdings Company.

Rania Al Abdullah  (Anggaran Kekayaan: USD 750 Juta)

via alghad.com

Beliau bukan sahaja dikenali sebagai salah satu wanita Muslim terkaya di dunia dan isteri kepada Jordan Abdullah ll Bin Al-Hussein. Dia telah menyandang gelaran Ratu Jordan sejak suaminya yang tercinta telah menjadi Raja Kerajaan Hashemite pada tahun 1999. Sejak itu, aset yang dimilikinya semakin bertambah.

Ratu Rania juga merupakan tokoh yang mendedikasikan dirinya untuk hak asasi manusia dan aktivis dalam dunia pendidikan. Ratu Rania juga merupakan salah seorang pemimpin di Arab Open University, Kuwait dan Board of Directors dari International Youth Foundation.

Sheikha Mozah Binti Nasser (Anggaran Kekayaan: USD 7 Billion)

via Arabian Business

Sheikha Mozah yang berasal dari Qatar mempunyai pengaruh yang besar terhadap pemerintahan Qatar. Sheikha Mozah Binti Nasser juga mencintai dunia fesyen dan ini terbukti dengan penampilannya yang bergaya dan perniagaan barangan kulit berjenama Le Tanneur yang dimilikinya.

Dia adalah isteri kedua dari 3 orang isteri kepada seorang bangsawan Qatar iaitu Sheikh Hamad Bin Khalifa Al Thani, Emir Qatar (keluarga Al Thani yang memerintah Qatar dari satu generasi ke satu generasi) dari tahun 1995 sehingga 2013.

Rasha Khawaja (Anggaran Kekayaan: USD 1.5 Bilion)

via eurekafest.com

Rasha Khawaja adalah pengasas dan peneraju Toucan, salah satu platform dan aplikasi digital untuk usahawan-usahawan perniagaan. Bukan hanya itu, dia juga adalah puteri kesayangan seorang jutawan Wafic Said, seorang ahli perniagaan di Arab Saudi.

Pada tahun 2012, Rasha telah mengahwini Khaled Judge dalam satu majlis perkahwinan yang sangat mewah. Dia telah mengundang Robbie Williams sebagai penyanyi istimewa khas untuk majlis perkahwinan mereka dan tetamu yang menghadiri majlis perkahwinannya juga telah diterbangkan dengan menggunakan jet peribadinya sendiri.

Lalla Salma (Anggaran Kekayaan: USD 2.5 Billion)

via look.tm

Lalla Salma Bennani yang berasal dari Maghribi telah berkahwin dengan Raja Mohammed VI pada tahun 2001. Dia menjadi pemimpin wanita Maghribi pertama yang dianugerahkan gelaran kerajaan ‘Her Royal Highness’ atau ‘Duli Yang Teramat Mulia’.

Isteri dari Raja Maghribi ini mempunyai sifat rendah diri. Walaupun dia adalah seorang ratu, namun Lalla Salma selalu berpenampilan sederhana.

Dari sumber yang dipetik dari Forbes, Raja Maghribi ini telah membelanjakan sebanyak USD 960 ribu untuk kos perbelanjaan hariannya. Lalla Salma juga adalah penyokong setia untuk Pergerakan Persatuan Barah dan Fex Sacred Music Festival.

Malala Yousafzai (Anggaran Kekayaan: USD 3 Juta)

via The Hollywood Reporter

Malala Yousafzai adalah seorang aktivis muda yang berasal dari Pakistan. Usia yang muda bukan penghalang untuk Malala memperjuangkan pendidikan untuk wanita. Malala bahkan memenangi Hadiah Nobel Perdamaian 2014 atas usahanya untuk mempromosikan pendidikan dan hak asasi wanita.

Malala dikatakan selalu menyumbangkan sebahagian besar penghasilannya kepada organisasi kegiatan amal yang fokus kepada peningkatan pendidikan. Pada usia 22 tahun, dia telah lulus dari fakulti falsafah politik dan ekonomi di University of Oxford pada Jun 2020.

Salwa Idrissi Akhannouch (Anggaran Kekayaan: USD 1.5 Billion)

via challenge.ma

Salwa Idrissi Akhannouch adalah seorang ahli perniagaan dari Maghribi yang memiliki harta kekayaan AS 1.5 bilion dari datuknya, Haji Ahmed Benlafkih yang juga merupakan seorang ahli perniagaan.

Salwa sendiri adalah pengasas dan peneraju Askal Group yang memiliki 50 peratus Morocco Mall di Afrika. Salwa juga adalah pemilik francais jenama popular seperti Pull & Bear, Zara dan Banana Republik di Maghribi.

Sheikha Maitha Binti Mohammed (Anggaran Kekayaan: USD 40 Billion)

via Gulf News

Sheikha Maitha Binti Mohammed adalah anak perempuan kepada Perdana Menteri dan Naib Presiden Emiriah Arab Bersatu.

Sheikha Maitha juga adalah seorang atlet taekwondo profesional dan aktif dalam sukan berkuda. Dia telah memenangi pingat perak dalam acara karate kategori wanita di Asian Game 2006 yang lalu.

Sultanah Nur Zahirah (Anggaran Kekayaan: USD 15 Billion)

via wordpress.com

Tuanku Nur Zahirah adalah Sultanah (sebelumnya adalah Permaisuri) dari Kesultanan Terengganu dan juga Raja Permaisuri Agung Malaysia yang ke-13.

Beliau adalah isteri kepada Al-Wathiqu Billah Tuanku Sultan Mizan Zainal Abidin, mereka mempunyai empat orang cahaya  mata dan pasangan ini banyak menyumbang dalam aktiviti sosial seperti projek kebajikan di Malaysia. Beliau juga merupakan seorang Kaunselor di Universiti Sultan Zainal Abidin.

Sumber 

Sheikha Hanadi Binti Nasser (Anggaran Kekayaan: USD 15 Billion)

via blogspot.com

Pemimpin AL Waab City Real Estate, Sheikha Hanadi Binti Nasser boleh dikatakan salah satu wanita muslim terkaya di dunia tanpa mengira gelaran kerajaannya.

Dia seorang jurubank, pemodal, usahawan dan merupakan seorang pelabur serta pengusaha harta tanah yang berjaya berkhidmat sebagai CEO projek pembangunan harta tanah Al Waab City dan Nasser Bin Khaled Al-Thani Holding. Dia juga adalah penasihat khas di Standard Chartered bank. Tidak seperti kebanyakan wanita di timur Tengah yang lebih pasif dalam urusan awam, dia sebenarnya mempunyai hak dan kawalan penuh terhadap urusan kewangan  dan pengawasan dalam projek pembangunan yang didirikan oleh suaminya.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Tube Viral

Sumber: https://says.com/my/seismik/10-wanita-islam-terkaya-dan-tercantik-di-dunia

Apa komen anda?

Be the first to comment on "10 Wanita Muslim Yang Terkaya Di Dunia"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*