“Ibu Dah Macam Lipas Kudung,” – Fasha Sandha

Tidak dinafikan, bukan mudah untuk menjalankan tugas dan tanggungjawab sebagai ibu yang berkerjaya dalam tempoh perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di seluruh negara ketika ini.

Lalu pelakon, Fasha Sandha ada berkongsi pengalaman bersama pengikutnya.

Kongsi Fasha, dengan jadual harian yang padat menyukarkan dirinya untuk menguruskan hal persekolahan anak-anak.

“Kisah hari ni..Dah macam lipas kudung ibu, dari subuh pagi sampai tengahari.

“#cov1d_19 please go away! Anak2 aku nak pi sekolah weiii Penat tauu jadi cikgu kat rumah …,” tulisnya di Instagram.

Fasha sebelum ini pernah mendirikan rumah tangga dengan ahli perniagaan, Rizal Ashram Ramli pada 27 April 2012, namun berp1sah pada 20 Januari 2016.

Hasil perkahwinan tersebut, Fasha dikurniakan dua cahaya mata iaitu Putra Rayfal, 7, dan Putri Raysha Jemyma, 6.

Selepas itu, Fasha berkahwin bersama pelakon Aidil Aziz pada 30 Mac 2019.

Kini, Fasha dikurniakan cahaya mata ketiga diberi nama Aisha Amaira pada 7 Ogos lalu.

Foto: Instagram Fasha Sandha

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Tube Viral

Sumber: MH

Apa komen anda?

Be the first to comment on "“Ibu Dah Macam Lipas Kudung,” – Fasha Sandha"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*