Lepas setahun anak meningg4l, AR Badul tuntut hak – “Bukan nak bol0t harta tapi…”

SELEPAS lebih setahun kem4tian anaknya dalam kejadian pilu akibat tertemb4k, pelakon dan pelawak veteran, AR Badul tidak berselindung bahawa hubungan dia dengan anaknya, Allahyrham Mejar Mohd Zahir Armaya tidak begitu rapat namun haknya sebagai bapa dinafikan.

Cerita Badul atau nama sebenarnya Armaya Aman Ramlie, 71, keadaan itu berlaku kerana mereka jarang bertemu selepas dia dan bekas isteri yang kini menetap di Sabah, Rusunjan Mohammad membawa haluan masing-masing.

“Sampai dia besar saya memang jarang lihat dia. Suatu ketika dulu saya pernah nak pergi ambil dia.

“Tapi anak-anak sendiri kata saya bukan bapa mereka… ini benar-benar terjadi,” demikian luahan Badul kepada mStar.

Badul ditemui di kediamannya di Taman Setapak, Kuala Lumpur baru-baru ini.

Allahyrham Mejar Mohd Zahir meningg4l ketika melakukan demonstrasi keupayaan sempena pelancaran penubuhan Divisyen Kelima Infantri Malaysia (5 Div) di Kem Kok Lawi, Sabah.

Ujar Badul, lebih kecewa apabila kisah keret4kan rumah tangga serta hubungan dengan anak-anak dijadikan alasan untuk men4fikan haknya ke atas harta peningg4lan arw4h Mohd Zahir yang m4aut ketika melakukan demonstrasi keupayaan di Kem Kok Lawi, Sabah pada 4 September 2019.

“Apabila terjadi perkara begini (kem4tian Mohd Zahir), pihak sana (bekas isteri) mengatakan saya tidak ambil tahu (tentang anak).

 

Bukan nak duit tu, tapi hak saya. Hasil sumbangan orang tu saya tak kisah, itu hak dia. Tapi berkaitan (hak) ayah.

AR BADUL

PELAKON

“Tapi saya bapa dia… pihak ATM juga tak beri apa-apa kepada saya, katanya saya tidak layak. Malah insurans pun kata saya tak layak,” katanya.

Sebelum Badul pernah mendesak supaya inkues diadakan bagi mencari punca kem4tian anaknya itu namun menarik balik hasrat berkenaan demi masa depan tiga orang cucunya.

“Mereka katakan kalau saya nak buat inkues, anak-anak dia akan keh1langan hak. Jadi selepas memikirkan mengenai hal itu, saya tarik balik permintaan untuk inkues.

AR Badul melahirkan kekec3waan apabila haknya sebagai bapa din4fikan.

“Tapi yang saya nak inkues sekarang ini ialah sebagai bapa… dia larang saya untuk mendapatkan segala-galanya, dengan siapa nak minta tolong pun tak tahu,” katanya.

Tambah Badul lagi, dia tidak berniat untuk membolot harta peningg4lan arw4h Mohd Zahir namun sekadar mahu kewujudannya sebagai bapa kandung diberi perhatian.

“Bukan nak duit tu, tapi hak saya. Hasil sumbangan orang tu saya tak kisah, itu hak dia. Tapi berkaitan (hak) ayah.

“Macam disekat, konon saya tak ambil tahu fasal anak sejak kecil… (kena ingat) saya ni bapa dia.

“Mungkin banyak cerita buruk saya tentang anak-anak diceritakan. Pihak sana katakan dia yang jadikan (didik) anak menjadi manusia… kata dialah,” ujar Badul.

Mohd Zahir, 36, pegawai komando daripada 11 Rejimen Gerak Khas, meningg4l dunia akibat terkena temb4kan ketika melakukan aksi demonstrasi sempena pelancaran Divisyen Kelima dan Briged Ke-13 Infantri Malaysia di Kem Lok Kawi, Kota Kinabalu, Sabah.

Akibat kejadian itu, pihak Majlis Angkatan Tentera Ke-578 (MAT 578) yang bersidang pada 17 September 2019 bersetuju untuk menaikkan pangkat Allahy4rham kepada Leftenan Kolonel.

Allahyarham meninggalkan seorang balu iaitu Nour Shafinar Harun, 32, dan lima orang anak termasuk dua daripada perkahwinan terdahulunya.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Tube Viral

Sumber : Mstar

Apa komen anda?

Be the first to comment on "Lepas setahun anak meningg4l, AR Badul tuntut hak – “Bukan nak bol0t harta tapi…”"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*