Wanita ni selamber h1na anak Fattah, Fazura Svmbing. Tak sangka ini pekerjaan dia

Menunaikan janji, pelakon Nur Fazura berkongsi nama diberi kepada puteri sulung iaitu Nur Fatima Aisya pada akaun Instagram (IG), @fattzuralovelife, kira-kira sejam lalu, genap seminggu selepas dilahirkan.

Melalui entri itu, Fazura memuat naik video menampakkan dia memangku bayi yang dilahirkan di sebuah pusat perubatan swasta di ibu negara, Jumaat lalu.

Fazura bagaimanapun tidak mendedahkan wajah penuh bayinya comel dan berkulit cerah itu.

“Assalamulaikum… Hari ini genap tujuh hari saya dilahirkan pada hari Jumaat, 2 Oktober 2020.

“Nama saya ialah Nur Fatima Aisya binti Abdul Fattah. Fatima sudah berusia seminggu hari ini. Tapi Daddy dan Mommy kata Fatima masih muda sangat lagi untuk media sosial,” tulisnya.

“Tapi Fatima tahu, ramai yang selalu selalu doakan Fatima. Fatima syukur sangat pada ‘aunties’ dan ‘uncles’ semua… Terima kasih. Fatima tidak sabar hendak jumpa semua apabila Daddy dan Mommy fikir Fatima sudah sedia,” katanya.

Kapsyen itu turut menyebut Fazura dan suaminya, Fattah Amin hanya bersedia mendedahkan anak mereka kepada semua pihak apabila tiba masa sesuai.

Guru Komen anak Fattah, Fazura Svmbing

Seorang wanita menimbulkan kem4rahan ramai terutama peminat Fattah Amin dan Fazura selepas melemparkan kata-kata hinaan terhadap anak pasangan terbabit.

Wanita itu dilihat kurang senang dengan keputusan Fattah dan Fazura yang belum bersedia mendedahkan wajah anak mereka kepada umum.

Hanya kerana itu, dia dengan selamba menulis di ruangan komen Facebook Gempak, “Anak dia svmbing agaknya”.

Justeru, kelanc4ngannya itu mendapat perhatian ramai hingga dikec4m berjemaah.

Lebih mem4lukan apabila tinjauan di laman Facebooknya mendapati dia merupakan seorang guru.

Kalau tiada perkara berfaedah untuk diperkatakan, sebaiknya kunci saja mulut tu.

Sebelum ini, pasangan selebriti popular itu memohon diberi sedikit masa untuk mendedahkan nama dan wajah anak mereka sehingga tujuh hari dilahirkan, selaras sunnah Rasulullah SAW.

Nafi Terikat Dengan Perjanjian Eksklusif, Fattah Amin Akui Masih Belum Sedia Dedah Wajah Anak

Tampil menafikan bahawa pihak mereka terikat dengan perjanjian eksklusif dengan mana-mana pihak, pelakon Fattah Amin dan isterinya Nur Fazura akui masih belum bersedia untuk mendedahkan wajah anak sulung mereka iaitu Nur Fatima Aisya.

Katanya, keputusan enggan berkongsi wajah puteri kesayangan itu kepada umum dibuat atas persetujuan bersama

“Kami memang merancang berkongsi wajah anak, tetapi tidak tahu bila… Insya-Allah tidak lama lagi. Merahsiakan wajah anak adalah keputusan saya, Fazura dan keluarga. Kami sengaja berbuat demikian. Keputusan ini bukan disebabkan ada pihak tertentu atau stesen televisyen (TV) yang mahu paparan eksklusif. Tiada lagi produksi atau mana-mana syarikat mahu memaparkan wajah anak saya secara eksklusif.”

Ujar Fattah lagi, susulan pand3mik C0VID-19 yang menghalang penganjuran kenduri sempena majlis aqiqah dan cukur jambul juga antara faktor melengahkan pihaknya untuk berkongsi wajah anak mereka.

“Baru-baru ini, kami anjurkan acara cukur jambul tapi secara kecil-kecilan di rumah. Memang kami merancang mengadakan majlis kenduri, tetapi keadaan tidak mengizinkan. Mungkin kalau boleh buat kenduri, kami sudah tunjukkan wajah anak kami. Jadi, dengan keadaan sekarang, kami tunda cadangan mendedahkan wajah Nur Fatima.”

Untuk rekod, Fattah memaklumkan bahawa anak perempuannya itu tidak akan memiliki akaun Instagram, namun, semua fotonya dikongsi dalam akaun mereka iaitu Fattzuralovelife.

Terdahulu, Fattah dan Fazura telah mendirikan rumah tangga pada 27 November 2017. Hasil perkongsian hidup bersama, mereka telah dikurniakan seorang cahaya mata Nur Fatima pada 2 Oktober lalu.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Tube Viral

Sumber: BH Online

Apa komen anda?

Be the first to comment on "Wanita ni selamber h1na anak Fattah, Fazura Svmbing. Tak sangka ini pekerjaan dia"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*