Macam-macam pandangan netizen tentang 2% dari gaji suami masuk KWSP isteri, ada yang setuju dan ada yang tidak setuju. Tetapi kebanyakan wanita mestilah setuju. Lelaki pula ada yang setuju dan ada yang tak setuju.
Yang setuju, bagus sebab duit potongan itu nanti adalah tetap milik kita, bukan milik orang lain, tak perlu risau.
Itupun masih ramai yang gunakan KWSP untuk pelbagai perkara lain yang dibolehkan. Sehingga menyebabkan tidak ramai mempunyai wang persaraan yang mencukupi ketika bersara.
Lagipun, kalau ikutkan tugas seorang suri rumah sangat berat. Kena bangun awal pagi, masak, kejutkan anak dan suami, sediakan makanan, basuh baju, sidai baju, angkat baju, lipat baju, jaga anak, mandikan anak, susukan anak, kemas rumah, buang sampah, hantar anak sekolah, ambil anak sekolah, beli barang dapur, masak, membebel, tidurkan anak.
Jadi anggaplah 2% caruman KWSP itu sebagai penghargaan dari seorang suami terhadap pengorbanan isteri.
Buat golongan yang banyak sangat pertikaikan pasal 2% KWSP itu, anda pernah tak fikirkan kalau situasi suami men1nggal tapi isteri tak berhak pun ke atas KWSP suami? Haaa, kalau masih sama-samar jemput baca perkongsian Puan Herda Johan ini.
Maksud Penama Dalam KWSP
Akak baru baca status kawan akak tentang isteri tak berhak dapat bayaran KWSP jika suami men1nggal dvnia walaupun penama adalah isteri.
Jadi akak pun search laa apa maksud penama dalam kwsp tu? Bukan semua suami sedar atau tahu atas perkara ni dan tak semua suami pun nak cerita.
Walaupun penamanya ialah isteri tapi isteri hanya sebagai pemegang amanah dengan mendapat bayaran tapi ia akan di agihkan mengikut faraid.
Bahasa mudahnya nak bagi senang urusan duit tu masuk akaun kita je pastu kita kena bahagikan pada waris yang layak. Pendek cerita ISTERI DAN ANAK TAK DAPAT 100%.
Kalau camtu fungsi penama KWSP tu apa?
Penama tu hanya sebagai wasi/pentadbir yang urus bayaran/duit KWSP tu. Pendek cerita sebagai pemegang amanah. Kita hanya pegang duit tu je pastu kena bahagi dengan waris lain.
PENAMA BUKAN HAK MILIK MUTLAK PENINGGALAN KWSP TU.
Penama ni bagi memudahkan urusan pembayaran terus kepada penama jika berlaku kematian pada ahli. Kalau takda penama, pihak waris kena dapatkan surat kuasa tadbir. Makan masa dan kos pulak. Lepas tu akan di agihkan ikut faraid.
Kalau isteri atau anak si mvti ambik semua maknanya dia makan harta batil! Menjawab la kat akhirat nanti.
Ambil Tahu Apa Itu Penama
Tapi abang akak dah bahagi % siap dalam penama? Lagi susah. Jadi lebih baik seorang penama. Jika di bahagi % pun masih tak di guna pakai dan tetap kena ikut FARAID (untuk orang islam). Pastu jika si mvti berhutang, kena settle dulu dengan duit tu bakinya pula di bahagikan ikut faraid.
Ramai yang tak tahu benda ni terutama surirumah-surirumah yang tak bekerja. Malah suami sendiri pun tak jelas. Mereka ingat, penama tu sebagai penerima 100%. Sebenarnya bukan!
Bukan g1la harta. Tapi ini penting. Suri-suri semua, bincanglah dengan suami demi masa depan.
Suami mana nak biarkan isteri dan anak merempat kalau jadi apa-apa kan? Bukan semua suami mampu nak carum takaful untuk diri sendiri bagi kemudahan masa depan (tapi sebaiknya kena ada). Jadi hanya harapkan simpanan KWSP jelah.
Jadi suami-suami, silalah HIBAH kan KWSP tu untuk keperluan isteri dan anak jika korang takda satu hari nanti. Ada caranya. Boleh hibah ke unit Amanah atau Hibah Takaful.
Ini bertujuan untuk kegunaan isteri selesaikan hutang suami yang tertunggak dan keperluan kehidupan isteri dan anak kemudian hari.
Banyak cerita kita dengar, suami men1nggal, isteri terpaksa tanggung hvtang sedia ada dek kerana tak boleh tuntut sebab perkara ni.
Dan ada juga sebab harta, waris terdekat sanggup lupakan d4rah daging sendiri dan menuntut hak masing-masing. Akhirnya anak isteri si m4ti jadi mvngsa.
Rambut sama hitam hati lain-lain. Bila mata hati s3tan dah terbuka luas, n4fsu pun bersarang, dvrah daging sendiri pun tak heran dah.
Tu sebab kenapa ‘2%’ potong KWSP suami tu dicadangkan. Bukan sebab g1la harta tapi demi kelangsungan hidup isteri dan anak jika suami dah takda.
Fikir-fikirkanlah Akhirat Sama
Info ni bukan nak menakutkan surirumah tapi kita wajib kena tahu supaya jelas.
Sedikit pesanan Puan Herda kepada kaum mak-mak di luar sana, untuk persediaan awal mintalah suami carum takaful sebagai back-up. Jika tak mampu rancanglah dari sekarang kewangan kita.
Luahnya lagi, dia pun dah mula sedar bab ni sebab 4jal m4vt hanya Allah yang tentukan. Bila dah tak ada, urusan dunia bukan hal si m4ti dah. Lagi-lagi bila suami dah takda si isteri sendiri menanggung anak-anak untuk teruskan kehidupan. Nak tak nak hidup kena teruskan hidup.
Nota kaki:
Akak bukan ejen takaful atau unit trust. Akak cuma surirumah yang ‘b0doh’ dan kena belajar! Apa yang akak share ni untuk celik mata surirumah supaya jangan duduk saja dan tunggu. Buat tindakan untuk masa depan. Jika info yang akak kongsikan ni tak betul silalah beri penjelasan lebih lanjut y.
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Tube Viral
Sumber: Mingguanwanita
Be the first to comment on "Perkara yang wajib isteri ambil tahu, mereka tiada hak ke atas KWSP suami jika suami mnnggal"