Sebak Imbas Saat Umrah Bersama Di Makkah, Dah 6 Tahun Tinggal Bersama, Wanita Anggap Ibu Mentua Bagai BFF

BAGI segelintir wanita yang baru mendirikan rumah tangga, mereka sebolehnya enggan tingg4l sebumbung dengan keluarga mentua.

Malah, acap kali juga kita dim0mokkan dengan kisah hubungan dingin menantu dan ibu mentua sekaligus memberi igauan ngeri buat wanita yang baru mendirikan rumah tangga.

Namun lain pula ceritanya melibatkan wanita ini apabila ibu mentua sudah dianggap seperti kawan baik sendiri.

Menurut Atiqah Izzati Abdul Aziz, 30, hubungannya dengan ibu mentua, Arba’iah Yahya, 62, cukup erat memandangkan mereka t1nggal bersama sejak enam tahun lalu.

Mesra disapa Iqa, dia percaya hubungan yang baik bermula dengan cor4k pemikiran yang betul tanpa mengambil kira kisah-kisah buruk melibatkan menantu dan mentua yang lain di luar sana.

“Saya dah enam tahun berkahwin, dah ada tiga cahaya mata. Dari awal kahwin saya duduk dengan ibu mentua.

“Apa pilihan yang saya ada? Suami merupakan anak tunggal. Nak tak nak, kena kongsi kasih.

Kenangan sewaktu mereka sama-sama mengerjakan Umrah beberapa tahun lalu.

“Tapi saya tak t4kut. Semuanya bermula dengan mindset kita. Tahun pertama, tahun kedua… saya buka hati betul-betul untuk ikut cara mentua.

“Lagi-lagi duduk rumah dia, kenalah ikut gaya dia. Apa yang dia suruh sebenarnya untuk kebaikan,” ujarnya kepada mStar.

Sepanjang enam tahun tinggal bersama, Iqa mengakui dia banyak melakukan aktiviti menyeronokkan dengan ibu mentuanya dalam mencari kes3rasian bersama.

Selain keluar membeli belah, Iqa juga pernah membawa ibu mentuanya tinggal sebilik di hotel setiap kali bercuti.

Saya minta doa depan Kaabah agar dipermudah semua urusan dan hubungan kami sekeluarga

IQA

“Anggap macam best friend. Jalan pun kami pegang tangan. Orang fikir kami anak-beranak.

“Ibu mentua sangat sweet dengan saya. Sebelum kahwin pun dia dah mesra, jalan pegang tangan saya. Masa tu lagi dah ada chemistry.

“Kami keluar shopping, kami check in hotel bersama. Selagi dia ada, kita cuba gembirakan dia,” ujarnya yang menetap di Kuala Lumpur.

Tambah Iqa lagi, hubungan itu makin erat apabila dia dan suami, Nabil Adib Idris, 35, mengerjakan umrah di Makkah bersama ibu mentuanya pada tahun 2017.

“Hubungan makin rapat lepas umrah. Kami umrah sama-sama. Saya dan ibu mentua tawaf bersama, buat semuanya bersama.

“Saya minta doa depan Kaabah agar dipermudah semua urusan dan hubungan kami sekeluarga,” kata Iqa dalam nada sebak.

Ujarnya, dia juga tidaklah sempurna dan pernah berlawan dengan diri sendiri di awal perkahwinannya dahulu.

Iqa anggap ibu mentuanya seperti rakan baik sendiri.

Namun katanya, dia cuba untuk tidak bersangka buruk dan sentiasa berlapang dada atas apa sahaja yang berlaku.

Di Instagram, Iqa turut berkongsi video berborak isu kekeluargaan bersama ibu mentuanya.

“Sebenarnya ramai tanya. Dari dulu lagi. Orang rasa sangsi bila dapat tahu saya tinggal dengan mentua.

“Kebelakangan ini pun ada yang bertanya. Macam tak percaya dah enam tahun saya tinggal bersama mentua.

“Sebab itu saya terpanggil untuk berkongsi mengenai topik ini.

“Saya sejujurnya sentiasa minta dalam doa agar umur ibu mentua dipanjangkan. Tak tahu macam mana nak hadapi andai dia dah tiada.

“Saya dah anggap dia macam ibu sendiri,” ujar Iqa lagi.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Tube Viral

Sumber : Mstar

Apa komen anda?

Be the first to comment on "Sebak Imbas Saat Umrah Bersama Di Makkah, Dah 6 Tahun Tinggal Bersama, Wanita Anggap Ibu Mentua Bagai BFF"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*