Noraniza Idris Kena Kec4m Suara Teruk, Sekali Aishah Bagi Komen Yg Lagi Padu

Susulan daripada persembahan Noraniza Idris dalam Separuh Akhir Gegar Vaganza 7 (GV7) minggu lalu yang mendapat krit1kan ramai di media sosial, penyanyi Aishah tampil mempertahankan rakan seangkatannya itu.’

Terkejut Noraniza Terima Nasib Yang Sama 

Menerusi hantaran di laman Instagram, Aishah meluahkan rasa kec3wa apabila Noraniza tervk dikec4m apatah lagi komen-komen yang diberikan tersebut bukanlah dari mereka yang sememangnya arif dalam bidang nyanyian. Malah pelantun Janji Manismu ini turut terkejvt kerana Noraniza menerima nasib yang sama dengannya.

Hormati Bakat Masing-Masing

Tegas Aishah, perjalanan di dalam GV bukanlah mudah kerana jiwa dan hati perlu kent4l untuk meneruskan pertandingan. Nasihatnya lagi, tidak mengapa jika tidak menyukai sesebuah persembahan itu namun teguran yang diberi haruslah beradab sebagai tanda menghormati karya dan bakat penyanyi.

“Tak suka takpe,tapi beradablah sikit,orang yang diumpat tu ada suami,ada anak-anak ada famili.Tak suka,pergilah toilet ke,makan ke apa ke masa dia menyanyi.Kalau tak pun,tutup saja tv tu,atau tukar siaran”

“Perjalanan berminggu-minggu dalam GV bukan mudah,kalau jiwa dan hati tak kental memang akan kecundang.Yang tak pernah lalui takkan tahu.Macam manalah industri seni kita nak maju kalau kita tak henti bashing karyawan kita sendiri.Sedangkan yang luar datang nyanyi ramai pun mcm Tok Ram kata macam’hauk’.tapi orang kita agung-agungkan.Some respect please for our talents,carilah kebaikan setiap orang itu,kerana kita pun perfect sangat ke? Sila muhasabah diri.Jangan kita muflis pahala di padang mahsyar disebabkan dosa yang mengalir” tulis Aishah

Via Instagram Aishah

Sebelum ini, Aishah juga berdepan dengan situasi yang sama apabila dikecam oleh segelintir warganet selepas diberi mandat oleh Dato Sri Siti Nurhaliza untuk membawakan lagu nya, Aku Bidadari Syurgamu di pentas separuh akhir muzik-muzik (SFMM35) baru-baru ini.

” Kalau sekalipun dia tak suka saya, sekurang-kurangnya hargailah genre yang saya bawakan dalam pertandingan GV ini.”

Itu luahan bintang Gegar Vaganza musim ke-tujuh (GV7), Noraniza Idris yang kesal dengan sikap pengarah drama Michael Ang yang sering kali memberikan kritikan pedas terhadap persembahan sepanjang program itu berlangsung.

Noraniza atau nama sebenarnya, Nor Aniza Idris, 52, berkata, biarpun dia langsung tidak membaca komen negatif netizen namun cemuhan yang dilontarkan pengarah tersebut cukup membuatkan emosinya terganggu.

” Saya tidak akan baca komen ngatif ditulis netizen, pihak pengurusan selalunya akan sekat komen sebegitu daripada semua platform media sosial saya.

” Tapi saya ada terbaca komen Michael Ang sebab ada peminat yang prihatin kongsikan perkara itu dengan saya.

Malah, katanya, apa yang ditulis pengarah Perempuan Tanpa D0sa itu telah menggores hati ahli keluarganya.

” Saya boleh terima komen ngatif tapi bukan yang keterlaluan sehingga boleh mencalarkan mruah saya dan keluarga.

” Hormatlah diri saya sebagai sesama Islam,” katanya kepada mStar.

Michael sebelum ini dilihat lantang memberikan komen dalam setiap persembahan peserta program realiti GV7 di laman Twitternya dan nama Noraniza di antara penyanyi yang sering mendapat kri1tikan ngatif daripada pengarah tersebut.

Sehubungan itu, Noraniza meluahkan hasratnya ingin bersemuka dengan pengarah tersebut selepas tamat program berkenaan.

” Saya bukan jenis yang akan berdiam diri atau mnangis (bila diri dicemvh). Lepas habis final GV7 nanti, memang saya nak jumpa one to one dengan dia!

Saya mahu bersemuka dengan awak!

” Please call me, saya nak bersemuka dan berkenalan dengan awak.

” Saya nak tanya apa masalah dia dengan saya? Tak layak ke Noraniza Idris masuk GV7? Truk sangat ke Noraniza Idris di mata Michael Ang?

” Walaupun saya tahu saya tidak la bagus, tapi dia tak bagi pun pandangan membina yang boleh bantu saya untuk mengangkat genre irama Malaysia.

” Saya memang rasa terkilan sebab Michael Ang satu nama besar, dia bukan netizen dan lebih-lebih lagi dia orang Islam yang tulis macam itu.

” Kalau nak tahu, hati saya cepat rapuh sebab kita bukan malaikat, kita hanya manusia biasa.

” Bila saya baca komen ngatif macam itu, saya akui ada kalanya saya tak boleh nak fokus dalam memberikan persembahan,” ujarnya.

Sementara itu, Noraniza melahirkan perasaan bersyukur apabila berjaya melangkah ke pentas akhir GV7 yang akan berlangsung pada Ahad depan.

Kata Noraniza, walaupun pada awalnya dia tidak berniat untuk menyertai program ini namun hatinya terbuka dan menganggap ia sebagai satu proses pembelajaran untuk penyanyi lama.

” Saya melihat program GV ini seperti satu akademi inisiatif untuk penyanyi-penyanyi lama sebab kami banyak belajar benda-benda baru pada setiap minggu,” katanya lagi.

Selain Noraniza, enam lagi bintang yang berjaya mara ke peringkat akhir GV7 ialah Oja, Muss, Linda Nanuwil, Ashira, Ayu Damit dan Cliff Umar.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Tube Viral

Sumber : murai.my

Apa komen anda?

Be the first to comment on "Noraniza Idris Kena Kec4m Suara Teruk, Sekali Aishah Bagi Komen Yg Lagi Padu"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*