Isu kontrak Wani dan Datuk Seri Aliff Syukri.
Isu kontrak tidak dibaca, isu kontrak berat sebelah. Dari sudut undang-undang, bagaimana? Kalau tidak baca tetapi tandatangan, bagaimana? Sah atau tidak?
Gigih saya mendengar kenyataan media Wani Comel dan peguamnya. Saya rasa k3s-k3s begini, menyebabkan orang awam mungkin berminat untuk belajar tentang undang-undang kontrak. Jadi saya kongsikan penulisan ini.
Dalam undang-undang secara asasnya, selagi mana pihak-pihak tidak dipaksa, diugut, ditipu, salah disisi undang-undang atau atas sebab salah representasi (penyampaian sesuatu yang tidak benar) maka perjanjian itu akan masih kekal berkuatkuasa.
Bermaksud, selagi mana pihak-pihak diberikan ruang membaca dan tiada elemen-elemen diatas maka perjanjian adalah sah.
Seksyen 19 Akta Kontrak memperuntukkan bahawa Perjanjian perlu ditandatangani dengan kerelaan pihak-pihak tetapi sekiranya kerelaan itu diperolehi secara paksa, ugutan, penipuan dan salah representasi jadi kontrak adalah tidak sah.
Jadi sekiranya kita memperolehi perjanjian, kita perlu BACA dahulu, kalau tidak faham dapatkan nasihat dari rakan-rakan sekeliling atau yang lebih pakar seperti peguam.
Kalau kita tidak diberikan peluang untuk membaca dan dipaksa kita tandatangan, disuruhnya kita segera tandatangan, pasti ada sesuatu yang tidak kena atau kontrak berat sebelah. Cuba elakkan. Kerana jika sudah ditandatangan, anda adalah terikat dengan terma-terma.
Saya tonton video Wani, saya cuba cari dimana setiap perkataan yang dikatakan ditipu, berat sebelah atau apa-apa sahaja elemen yang menyebabkan penganiayaan dalam kontrak terhadap Wani.
Bukan peminat Aliff Syukri tetapi…
Saya ini bukanlah peminat Aliff Syukri, ada juga penulisan saya terhadapnya menyuarakan tentang bab undang-undang. Kalau ada yang pernah baca, pasti tahu.
Saya tidak gemar caranya mengurung kucing dalam tandas, isunya dengan anak angkat dll tetapi saya ini menulis bukan kerana emosi, saya menulis pada pandangan saya tentang isu semasa dan undang-undang.
Tidak mungkinlah Aliff Syukri salah dalam semua hal. Jadi dalam konteks ini kita perlu lihat sama ada terdapat penganiayaan kontrak.
Dalam kes ini, apabila menonton sidang media, saya tidak dapat tangkap di mana isu penganiayaan kontrak. Sebelum kita mengadili, perlu kita tahu keseluruhan terma kontrak itu.
Adalah tidak wajar kita mendengar satu atau dua klausa perjanjian yang dibacakan oleh peguam Wani dan yang dikatakan berat sebelah itu, terus kita mengadili. Bagaimana dengan terma yang lain?
Kerana di mhkamah, jika kita ingin mencabar sesuatu perjanjian, perjanjian itu perlu dibaca dan dilihat dari keseluruhannya. Bukan memilih satu atau dua yang tidak adil.
Bagaimana pula Klausa yang lain? Kerana yang dua ini, adakah menjadikan keseluruhannya tidak adil? Dalam satu perjanjian ini, biasanya ada menyenaraikan tanggungjawab pihak-pihak. Adakah pihak Wani juga menjalankan tanggungjawabnya?
Sidang media bukanlah mhkamah untuk kita menuntut, ianya hanyalah pemberitahuan dan biasanya satu pihak sahaja. Biasanya mungkin berakhir dengan penilaian yang mungkin betul atau mungkin salah.
Wani mengesahkan, memang ada kontrak dan dia disyaratkan untuk menjalani pembdahan pintasan usus bagi mengurangkan brat bdan dan segala kos ditanggung oleh pihak sana.
Kata Wani juga bahawa pada asalnya dia tidak boleh berjalan dan kemudian boleh berjalan kerana pembdahan dan dia menjaga makan.
Alhamdulilah, kesan yang bagus untuk Wani. Bagus juga kerana ditanggung oleh Aliff Syukri.
Berkenaan dakwaan Wani bahawa dia juga menanggung skit dan kesan selepas pembdahan, dia tidak boleh makan makanan brat. Pasti akan rasa s4kit.
Biasanya bagi prosedur pembdahan perubatan ini, pakar perubatan dan kumpulan perubatan akan menerangkan dahulu kepada pes4kit berkenaan prosedurnya, kesannya dan lain-lain. Ini adalah praktis dan amalan seorang pengamal perubatan.
Jadi saya percaya pembdahan pintasan usus atau pembdahan Bar1atric ini bakal dijelaskan kepada pes4kit, apa entah lagi, prosedur ini perlu cara penjagaan selepas pembdahan dan bakal berlaku kesan.
Lepas pembdahan tetap kena jaga makan
Bukan mudah. Sukar hendak buang tabiat pemakanan yang bertahun-tahun.
Selepas pembdahan, peserta masih perlu amalkan pemakanan dan perlu bersenam. Semuanya terletak pada diri sendiri. Bukan hanya semata-mata kepada pembdahan.
Bermakna, selepas pembdahan itu Wani masih perlu menjaga makan. Kita juga tidak tahu berkenaan terma sekiranya Wani gagal mematuhi terma iaitu menguruskan bdan, maka perjanjian adalah terbatal.
Sekiranya benar dakwaan Wani bahawa dia ditinggalkan begitu sahaja selepas pembdahan dan sekiranya Wani telah menjalankan usaha, maka Aliff Syukri tidak wajar
Tetapi jika Wani sendiri yang tidak memenuhi kontrak dengan meneruskan memakan produk dan menguruskan brat bdan. Maka, Wani adalah tidak wajar. Seperti saya katakan kontrak harus dilihat dari keseluruhannya. Kita tidak tahu apa cerita disebaliknya.
Berkenaan isu ‘wayang’ depan netizen, rupanya bukan kurus sebab produk tetapi sebab pembdahan. Erm? Isu berkenaan ‘strategi wayang marketing ini bukanlah sesuatu yang baru’. Bukan dia sahaja yang buat, yang lain pun sama.
Misalnya, Jual produk muka, gambar muka model di ‘edit’ dengan paling flawless atau siap bermake up. Menunjukkan gaya kehidupan yang mewah dan menjual produk MLM, padahal tiap-tiap bulan kais pagi makan pagi.
Saya rasa isu ‘wayang’ di sosial media ini berpisah tiada. Terpulang kepada kita sama ada hendak jadi pengguna atau follower yang bijak. Fokus kita adalah pada perjanjian. Saya harap isu diselesaikan secara baik. Janganlah bertambah teruk. Berbincanglah.
Sumber: FB Nor Zabetha
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Tube Viral
Sumber : https://www.asiakini.com/
Be the first to comment on "Dakwa Diani4ya Aliff Syukri, Sekali Peguam Ini Beri Pendapat Yang Mungkin Akan Buat Wani Terdiam"