Kes Sam4n Aliff dan Wani, Ramai Pelik Kenapa Tuan Kamal Masuk Campur. Ini Penjelasan Peguam

“Semalam baru sempat menonton video sidang media Datuk Aliff Syukri.

” Saya sebenarnya hendak mendengar ulasan Tuan Kamal Affendi, penganalisis j3n4yah terkenal.

“Mula-mula hairan juga, kenapalah isu Wani dan Datuk Aliff Syukri ini hingga ada Tuan Kamal sendiri yang ingin menjelaskan dalam sidang media bagi pihak Aliff Syukri.

” Selepas menonton saya faham, bagaimana penceritaan beliau tentang kumpulan Gempur. Asalnya kumpulan ini dengan semangat hendak membantu menyelesaikan masalah di kedua-dua pihak.

Gempur ini seolah-olah pengantara dan Tuan Kamal dulunya adalah sebahagian dari kumpulan ini tetapi kerana kes ini, beliau meninggalkan kumpulan ini.

Sepatutnya perkara yang telah menemui penyelesaian selepas berbincang, Aliff Syukri bersetuju untuk membebaskan Wani dari kontrak. Patutnya selepas proses ini, boleh diselesaikan secara damai. Kemudian bertukar menjadi lebih teru-k, apabila pihak Wani meneruskan dengan sidang media dan timbul pula isu menuntut ganti rugi.

Saya suka apabila Tuan Kamal kata, saya memutuskan atau menilai berdasarkan kepada fakta dan kebenaran. Maknanya bukan atas dasar emosi dan mengenepikan sikap ‘judgmental’ dalam memutuskan sesuatu hal.

Katanya, maaf, kali pertama beliau berjumpa dengan Aliff Syukri, Tuan Kamal bersikap ‘kekwat’ kerana dia tidak berkenan Aliff Syukri ada ‘gediknya’.

Saya pun tidak gemar dengan Aliff Syukri kerana sikapnya yang begini tetapi seperti saya katakan dalam tulisan terdahulu, tidak mungkinlah dia salah dalam semua perkara. Bila salah kita bantah, bila betul kita akui. Jangan kerana kita menyampah padanya terus kita menghvkum. Sehinggakan tak mahu lihat langsung bahawa dia ada yang betul.

Perkara ini perlu diperhalusi bukan kerana ‘Aku meny4mpah kau gedik. Jadi kau salah’. Perlu diputuskan berdasarkan fakta dan bukti sama seperti pendirian Tuan Kamal. Kita ketepikan sekejap bab karakternya itu dan kita lihat pada fakta dan bukti.

Setelah menonton video-video dan segala bukti dari kedua-dua pihak percaya bahawa bukti-bukti, keterangan dan sokongan menyebelahi Aliff Syukri. Kalau hendak tahu, tontonlah video sidang media itu.

Cara pembuktian berdasarkan fakta, keterangan dan dokumen ini, memang yang akan digunakan di mahkamah. Bagi kes sivil, keputusan diputuskan secara imbangan kebarangkalian. Pihak mana yang berjaya membuktikan kesnya melalui bukti-bukti.

Jadi bukan tentang miskin atau kaya bagi memutuskan keputusan kes tetapi tentang kebenaran dan fakta. Kalau di mahkamah, pemfaktoran seperti ‘dia orang agama’ tidak mungkin akan melakukan jen4yah rgol, anggapan begini tidak terpakai sebagai bukti.

Tetapi yang akan menjadi bukti misalnya, bukti Whatsapp, bukti CCTV, bukti forensik, bukti keputusan perubatan dan juga keterangan saksi-saksi.

Oleh itu jangan adili, “Alah! Orang kaya. Banyak duit tentu menang”. Tidak juga. Banyak juga kes-kes yang tanpa kita sangka-sangka juga kalah. Misalnya terkini, Dr. Sakinah. Ramai terkejut dengan keputusan mahkamah, sehinggakan topik ini menjadi bualan hangat.

Kalaulah keputusan mahkamah itu berdasarkan profesion siapa lebih bagus? Siapa lebih kaya atau siapa lebih disokong majoriti? Maka, tidak perlu kita semua dibicarakan di mahkamah, terus sahaja dengan keputusan kes melalui borang penilaian latar belakang. Mudah dan cepat!

Sebab itu, jika kita tidak meneliti segala fakta, jangan kita terus menilai ‘Dia mesti kalah sebab dia miskin’. Tuduhan yang tidak berasas. Barangkali ada 1 atau 2 kes yang jelas tiada keadilan tetapi bukan majoritinya begitu.

Kita tidak habis tonton video sidang media kedua-dua pihak terus kita hukvm. Tontonlah dahulu. Bukan yang sebelah pihak, kedua-duanya sekali. Baru adili.

Mungkin ada yang berpendapat topik begini bukannya bakal meningkatkan ekonomi Malaysia kalau ditonton atau mungkin bukan masalah negara pun. Benar.

Kalau tak nak tonton pun tak apa. Kalau kes-kes begini, saya ambil tahu kerana saya buat analisa tentang kefahaman orang awam berkenaan undang-undang kontrak, tentang analisa gaya pemikirn kedua-dua pihak, tentang dakwaan eksplotasi.

Macam-macam lagi, saya buat penilaian supaya saya boleh praktikan dalam praktis saya sebagai peguam atau dalam perkongsian saya kepada orang awam.

Cuba tonton apa yang Tuan Kamal, sampaikan. Beliau sentuh tentang bagaimana menilai sesuatu kes melalui kredibiliti seseorang, bagaimana teknik siasatan, bagaimana teknik merumuskan kes. Macam detektif. Banyak boleh belajar.

Dalam video sejam setengah video sidang media, satu ilmu yang saya dapat iaitu dalam teknik s1iasatan, jika ingin men1yiasat, jangan terlalu rapat dengan subjek kerana kebarangkalian mereka mengaburi penilaian kita adalah sangat tinggi.

Punyalah sejam setengah saya tonton dan dalam beberapa minit sahaja dapat juga memperolehi ilmu baru dari pengalaman Tuan Kamal sendiri. Bagaimana dia jelaskan, dalam kes ini kelemahannya apabila penilaian dikaburi faktor lain.

Satu ilmu baru yang berguna untuk setiap bacaan berjam-jam atau menonton video, sudah cukup baik untuk saya.

Apabila ditanya wartawan. “Adakah tuan rasa Wani dieksploitasi oleh sesetengah pihak?”

Jawab Tuan Kamal “Pada suatu ketika saya rasa, Wani dieksploitasi oleh orang lain. Manakala suatu ketika saya rasa Wani yang mungkin mengeksploitasi orang lain kerana dari pengamatan saya ceritanya yang bercanggah dan kredibiliti yang dipersoalkan”.

Apabila mengikuti kisah kedua-dua pihak ini, mungkin kita bakal pening. Ambil sahaja iktibar yang baik dan buang yang keruh.

Entahlah. Bila sudah jadi begini tiba-tiba ada pula yang menambah lagi, memang benar-benar memburukkan keadaan. Orang hendak ambil kesempatan memang ramai.

Beberapa hari lalu dikhabarkan Wani dimasukkan ke hospital kerana masalah paru-paru dan semalam juga dikhabarkan Wani ada komplikasi jantung.

Pada masa yang sama, semalam juga dimuat dalam status akaun Facebook Wani, ada pemilik produk makanan yang melawat memberinya makan produk ayam cheese sambil dia buat review.

Kemudian selepas video itu, ada video dia makan pula Corn dog Cheese sambil review. Sambil disebut nama product, tag akaun. Haih!

Makanan begini sangat bah4ya dengan komplikasi yang dihadapi oleh Wani. Kenapalah diperingkat ini, masih lagi hendak promosikan produk. Adakah mereka fikir setiap detik dan ketika ini, marketing, promosi, duit, sale, kutipan, review? S3sak n4fas saya fikir.

Pada pendapat saya, gadis ini ada ‘food addi1ction’, jadi jangan di’gula-gulakan’ dia dengan makanan. Pasti dia sukar hendak tolak. Orang ada ketagi1han ini memang lain, tidak kiralah apa jenjs ket4gihan pun. Bukan ini masanya hendak mempromosikan produk.

Sama juga sewaktu sidang media Aliff Syukri, sambil bercakap sambil promosi. Haih! Begini agaknya berbalah geng-geng pemilik produk, semua pakat promosi produk.

Katanya yang menjadi punca ‘mencucuk’ Wani sebenarnya hendak melariskan produk. Alif Syukri ke sidang media juga promosikan produk. Yang melawat orang s4kit juga hendak mempromosikan produk. Letih. Kalah tonton iklan dekat TV, iklan saja-saja.

Oleh Nor Zabetha.

Didoakan m4ti, Wani Comel anc4m nak s4man

Gadis mempunyai masalah ob3siti, Wani Comel meng4ncam untuk mengambil tindakan undang-undang selepas mendakwa dirinya dibu-li dengan pelbagai kata-kata k3sat selain didoakan m4ti oleh netizen.

Kata Wani atau nama sebenarnya Nurul Airawani Nazira, dia akan memfailkan laporan polis selain mengadu perkara berkenaan kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM).

“Selepas banyak ruang diberikan, terlalu banyak pihak tak henti-henti mengacau hidup Wani dengan pelbagai kata-kata k3sat dan tak kurang juga ada yang mendoakan Wani m4ti.

“Selepas pengumuman dibuat peguam Wani, di sini sekali lagi Wani ingin menasihatkan agar mana-mana individu yang tag Wani dengan cubaan gangguan, fitn4h, c4cian, m4kian, hinaa dan apa-apa perkara neg4tif termasuk body shaming, Wani akan buat laporan polis dan SKMM.

“Hal itu biarpun tempoh 24 jam tersebut belum tamat kerana Wani berhak berbuat demikian demi diri Wani,” katanya di media sosial hari ini.

Semalam, Wani mengulang naik (repost) hantaran daripada pihak peguamnya yang memberi tempoh 24 jam untuk warganet memadam segala terbitan dipercayai boleh menganggu perjalanan kes anak guam mereka.

Sekiranya tuntutan itu gagal dipenuhi, Haziq Aizuddin Subhi melalui Haziq A Subhi & Co akan melaporkan nama-nama individu terbabit kepada pihak berkuasa berkaitan termasuk SKMM.

Terdahulu, isu Wani – yang mempunyai masalah berat badan kira-kira 300 kilogram – mengundang perhatian warganet selepas usahawan kosmetik dan selebriti Aliff Syukri membiayai kos pemb3dahan bariatriknya pada 19 Ogos tahun lalu.

Bagaimanapun, setahun selepas itu, Wani, 23, tampil membuat tuntutan dan mendakwa Aliff memperdayakan dirinya tanpa menunaikan janji seperti memberi kereta, rumah dan elaun bulanan berjumlah RM3,000 selepas dia menandatangani kontrak sebagai duta produk pelangsingan.

Aliff pula dalam satu sidang media diadakan 7 Dis lalu menafikan dakwaan terbabit selain berkata ia bergantung kepada ihsan dirinya dan sekiranya dia didapati bersalah perkara tersebut boleh dilanjutkan ke mahkamah.

Dalam pada itu, Wani juga memberitahu pihaknya telah mengumpulkan semua bukti-bukti seperti komen yang menghina dan mengecam dirinya untuk tindakan undang-undang.

“Pihak SKMM berhak dan mempunyai kuasa untuk mengambil tindakan terhadap anda sekiranya laporan tersebut selaras dengan mana-mana kesalahan dibawah akta, akaun Instagram anda boleh dipadam serta merta dan anda akan didakwa oleh pihak SKMM.

“Sila berfikir dahulu sebelum menulis apa-apa komen atau pun DM wani. Mereka yang membantu Wani telah mengumpulkan semua bukti komen anda yang menghina Wani, meng3cam Wani, mengh4sut masyarakat untuk prov0kasi menimbulkan perbalahan hal Wani di media sosial di Instagram dan DM wani.

“Pihak Wani akan ambil tindakan sam4n dan terus ke SKMM. Akhir kata, terima kasih kepada mereka yang tak putus-putus bantu dan mendoakan Wani,” katanya

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Tube Viral

Sumber : http://trendingsangat.pw/aliff-dan-wani-tuan-kamal/

Apa komen anda?

Be the first to comment on "Kes Sam4n Aliff dan Wani, Ramai Pelik Kenapa Tuan Kamal Masuk Campur. Ini Penjelasan Peguam"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*