Siti Nurhaliza dedah jantina, nama anak kedua

IMPIAN Datuk Seri Siti Nurhaliza untuk dikurniakan cahaya mata lelaki akhirnya tercapai apabila penyanyi tersohor negara itu berkongsi berita gembira tersebut pada Ahad.

Siti, 41, ditemani suaminya Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa menerusi siaran langsung bersama Shopee mengumumkan jantina cahaya mata kedua yang dijangka akan lahir pada April tahun hadapan.

“Memang secara ikhlas dalam hati, kalau dapat sepasang anak memang seronok. Sebab ada girl dan boy… tapi saya sentiasa terima apa saja yang akan lahir nanti,” kata Siti.

Kandungan Siti kini hampir mencecah lima bulan.

Manakala suaminya yang dikenali sebagai Datuk K mendedahkan nama anak keduanya akan bermula dengan Muhammad dan seterusnya dengan huruf A.

“Semua anak lelaki bermula dengan Muhammad dan nama seterusnya bermula dengan huruf A. Apa-apa pun, saya bersyukur dengan anugerah terindah ini,” katanya.

Penyanyi lagu 7 Nasihat ini turut berkongsi mengenai kerjasama dengan jurusolek artis iaitu Nuex Rosli dengan mengeluarkan produk terbaharu menerusi Shopee Live pada Sabtu.

Pada 1 Disember lalu, penyanyi lagu Aku Bidadari Syurgamu ini mengumumkan dirinya sedang ham1il empat bulan ketika sidang media pelancaran produk Beausiti X Wonderlab.

 

Memang secara ikhlas dalam hati, kalau dapat sepasang anak memang seronok.

SITI NURHALIZA

PENYANYI

Menerusi laporan mStar pada 2 Disember, Siti berkata emosinya mudah tersentuh dan cepat berasa letih di awal kandungannya ini namun tidak mengalami alahan yang teruk.

Siti juga mengakui timbul kebimbangan hamil dalam keadaan pandemik Covi1d-19, justeru itu dia lebih berhati-hati dengan tidak keluar rumah jika tiada urusan penting.

Dalam pada itu, Siti mendedahkan dia tidak boleh lagi makan makanan yang pedas seperti biasa sepanjang tempoh kehamilannya.

“Saya tak ada mengidam makanan yang bukan-bukan atau yang susah didapati. Cuma, yang saya rasa lain sebelum dan semasa hamil ini, saya tak boleh makan pedas.

Siti bersama suami dan anak perempuan mereka, Siti Aafiyah.

“Sedangkan sebelum ini, saya suka sangat makan makanan pedas. Bila mengandung ini, tak boleh pula. Jadi, bila makan itu rasa tak puas. Hanya makan sup dan selera pun tak ada,” ujarnya.

Siti sebelum ini pernah mengalami keguguran pada November 2015.

Dia kemudiannya berkongsi berita kehamilan pada tahun 2017 iaitu selepas 11 tahun berkahwin dengan Datuk K.

Hasil perkongsian hidup pasangan ini dikurniakan anak perempuan bernama Siti Aafiyah yang kini berusia dua tahun.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Tube Viral

Sumber : Mstar

Apa komen anda?

Be the first to comment on "Siti Nurhaliza dedah jantina, nama anak kedua"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*