3 Sahabat Jumpa Pontian4k Tengah Jalan. Seorang Hampir Dem4m Dan Selepas Itu Perkara Sebenar Didedahkan

PERJALANAN tiga remaja menaiki sebuah kereta selepas membeli makanan di sekitar Saujana Impian, Kajang, Selangor pada Jumaat lalu bertukar ng3ri apabila mereka terserempak dengan entiti misteri berpakaian serba putih di tengah jalan raya.

Video Berada Di Bawah Artikel

Mengakui terkejvt dengan hal itu, mereka bagaimanapun sempat menghentikan kenderaan seketika untuk meneliti makhlvk berkenaan sebelum meneruskan perjalanan pulang.

Bercerita kepada mStar, salah seorang remaja itu yang hanya mahu dikenali sebagai Atif mengakui kali pertama berhadapan dengan peristiwa sebegitu.

“Masa tu dalam pukul 1 pagi. Kami baru balik selepas keluar beli makanan. Saya terkejut lihat ada benda putih melintas atas jalan.

“Ia kemudiannya berhenti di atas pembahagi jalan. Kami macam tak percaya. Terus berhenti kereta dalam 10 saat. Kami dah ser4m sejuk masa tu dan terus blah.

“Kami masuk kawasan perumahan dan pusing sekali lagi. Bila sampai ke tempat tu, tengok ia dah tak ada,” ujarnya kepada mStar.

Kata remaja itu, mereka sempat memberhentikan kereta seketika sebelum berlalu pergi. (Gambar Hiasan)

Ujar Atif, rakannya juga hampir demam selepas pulang kerana terkejut melihat kelibat misteri seakan-akan pontianak itu.

Namun katanya, rasa takut itu bertukar lega apabila tular satu video yang dirakam individu lain di lokasi sama pada keesokan harinya.

Menurut Atif, dia mendapat tahu bahawa ada seorang individu menyamar sebagai hantu untuk dijadikan sebagai ‘content’ YouTube sahaja.

“Mula-mula kami ingatkan hantu betul. Sebab pukul 1 pagi, jalan tu kosong tak ada orang.

“Takvt gila, tapi tak adalah sampai nak pecut kereta masa tu. Esok baru dapat tahu ada video yang dirakam individu lain pada waktu berbeza.

“Orang kata ia bukan hantu, sebab nampak kaki. Kemudian ada yang jelaskan ia hanya untuk YouTube.

“Hanya prank sahaja. Terus rasa lega lepas dapat tahu,” ujarnya lagi.

Dalam pada itu, video tular berkenaan yang dikongsi secara meluas di Twitter menerima lebih 270,000 tontonan.

Rata-rata komen turut mempersoalkan kebenaran entiti itu memandangkan jelas kelihatan kaki manusia disebalik pakaian putih yang disarung.

VIDEO :

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Tube Viral

Sumber : MSTAR ONLINE

Apa komen anda?

Be the first to comment on "3 Sahabat Jumpa Pontian4k Tengah Jalan. Seorang Hampir Dem4m Dan Selepas Itu Perkara Sebenar Didedahkan"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*