Ramai nak berlakon jadi ibliis, pengarah Osman Ali janji tak sentuh hal sensitif – “Saya tonjolkan kelibat dan aksi ketawa sahaja”

PENGARAH Osman Ali tidak menyangka uji bakat pencarian pelakon bagi menjayakan watak iblis dalam telefilem ser4m terbaharu arahannya, Sih1ir Pemisah mendapat sambutan menggalakkan apabila lebih ratusan permohonan diterima.

Menurut Osman, dia sudah menyenarai pendek sebanyak tiga nama yang dilihat berpotensi untuk membawakan watak tersebut berdasarkan sesi uji bakat yang dibuat sebelum ini.

“Sebenarnya saya terkejut juga dengan respons menggalakkan yang diterima untuk mencuba nasib melakonkan watak ibl1s. Dalam banyak-banyak, saya cuma panggil 20 yang terbaik untuk hadir sesi uji bakat.

“Sekarang saya sudah menyenarai pendek tiga nama dan akan ada lagi satu casting selepas ini untuk pilih calon yang benar-benar layak dan sesuai. Saya lebih tertarik untuk mencari pelakon baharu yang tidak terlalu sibuk jadualnya berbanding pelakon yang sudah ada nama.

Osman Ali iklankan uji bakat pencarian pelakon untuk watak ibl1is di Instagramnya.

“Watak ibl1s dalam naskhah ini bernama Dasim yang dihantar untuk merosakkan hubungan rumah tangga sehingga mencetuskan k0nflik antara pasangan suami isteri.

“Kita selalu dengar masalah mengenai suami isteri yang tiba-tiba sahaja membenc1 antara satu sama lain tanpa sebarang alasan yang kukuh, hal itu berkemungkinan besar kerana mereka diganggu oleh ibl1s Dasim,” katanya kepada mStar.

 

Watak itu langsung tidak akan menyentuh mana-mana dialog berkisarkan tentang ketuhanan atau menghasvt orang ramai.

OSMAN ALI

PENGARAH

Sihi1r Pemisah mengisahkan tentang kemusnahan rumah tangga disebabkan g4ngguan sihi1r yang digunakan oleh pihak tidak berpuas hati melihat kebahagiaan perkahwinan seseorang.

Drama itu yang turut dibintangi Beto Kusyairy dan Fasha Sandha itu akan memulakan penggambarannya pada 16 Disember ini di sekitar Ipoh, Perak.

Osman turut menambah watak ibl1s yang diterjemahkan dalam telefilem itu akan mengikut garis panduan yang ditetapkan oleh Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas).

Beto Kusyairy dan Fasha Sandha bergandingan dalam telefilem Sih1ir Pemisah.

“Watak Dasim tidak akan mel4nggar mana-mana garis panduan sebab saya hanya akan tonjolkan kelibat dan aksinya ketawa sahaja.

Selain itu, pihak produksi juga mengambil rujukan watak Hellboy yang mana kita akan warnakan badan pelakon itu nanti dengan cat merah dan bertanduk.

“Watak itu langsung tidak akan menyentuh mana-mana dialog berkisarkan tentang ketuhanan atau mengh4sut orang ramai,” katanya.

Sihir Pemisah bakal ditayangkan di Astro Citra pada 9 Januari depan merupakan garapan skrip idea bersama Osman dan Naza Manas.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Tube Viral

Sumber : Mstar

Apa komen anda?

Be the first to comment on "Ramai nak berlakon jadi ibliis, pengarah Osman Ali janji tak sentuh hal sensitif – “Saya tonjolkan kelibat dan aksi ketawa sahaja”"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*