Lamran Kamal Adli Hanya Gimik? Juru Mekap Uqasha Dedah Segalanya

Malam tadi, seluruh peminat industri hiburan seni dikejutkan dengan ‘aksi’ pelakon Kamal Adli berlutut dan melamar Uqasha Senrose di atas pentas.

Kamal Adli, 34, membuat lamaran itu ketika mereka berdua menjadi penyampai anugerah dalam Anugerah MeleTOP 2020 (AME 2020).

Bukan sahaja peminat, kesemua rakan artis dan hadirin teruja melihat ‘aksi’ tersebut yang mengakhiri spekulasi hubungan cinta mereka.

Aksi itu berlaku secara spontan di mana Kamal melutut dan bertanya sama ada Uqasha sudi berkahwin dengannya. Ia disambut dengan jawapan ‘ya’ sebelum Kamal menghadiahkan sebentuk cincin buatnya.

” Uqasha Senrose sudikah awak menjadi isteri saya?” tanya Kamal Adli sambil berlutut.

” Awak ni sedang ‘promote’ drama baharu kita ke?” tanya Uqasha yang nyata terkejut dengan lamaran berkenaan.

Meski demikian, Uqasha, 28, meminta Kamal untuk mengulang lamaran tersebut.

” Uqasha Senrose sudikah awak menjadi isteri saya?” ulang Kamal Adli.

” Yes,” jawab Uqasha yang memakai pakaian dengan warna sedondon hitam sambil disusuli dengan sorakan gemuruh para hadirin.

Diketahui, Uqasha menerima sebentuk cincin tajaan dari Habib Jewels. Spekulasi hubungan mereka hangat diperkatakan sebelum ini.

Ia selepas keduanya sering berganding dalam drama, termasuk yang terkini Perempuan Tanpa D0sa.

Gimik semata-mata atau betul-betul?

Ramai pihak bertanyakan adakah lamaran Kamal Adli itu hanyalah sekadar gimik? Adakah mereka sudah rancang dari awal? Adakah mereka akan betul-betul berkahwin?

Setakat ini belum ada apa-apa kenyataan rasmi keluar dari mulut kedua-dua pasangan Kamal Adli dan Uqasha selepas majlis Anugerah MeleTOP 2020 (AME 2020) yang berlangsung malam tadi.

Bagaimanapun, menerusi satu perkongsian di IG Story Uqasha Senrose, beliau seakan mengiyakan lamaran Kamal Adli itu berlaku tanpa dirancang.

Uqasha terkejut, betul-betul menangis sebab tak sangka

Uqasha yang berkongsi entri jurumekap artis, beliau mengatakan Uqasha menangis dan dalam keadaan terkejut sebaik turun dari pentas.

” Kitorang semua tak tahu, serious. Uqasha pun!! Tu dia turun-turun masih terkejut, dia betul-betul menangis tadi wey sebab dia nervous lain sebenarnya.

” Sekali kena lamar dengan Kamal, lagi lahh tak terkata dia hahaha..Alhamdulillah.”, tulis entri tersebut.

Sementara itu, meskipun Uqasha belum memuatnaik status terbaru di akaun media sosial beliau, namun para peminat dan rakan artis tidak putus-putus mengucapkan tahniah kepada beliau.

Terdahulu, pasangan pelakon yang hangat digosipkan bercinta itu dikatakan sudah menghadiri kursus perkahwinan pada sekitar Oktober lalu.

Kamal dan Uqasha dikatakan mula akrab sejak membintangi drama Setelah Terlafaznya Akad arahan Michael Ang, tahun lalu.

Hubungan itu terserlah apabila Kamal pernah memuat naik hantaran di Instagram dengan kapsyen tertera bowling atau dating?’ bersama foto mereka, beberapa bulan sebelum itu.

Selain itu, Uqasha juga dilihat beberapa kali menemani Kamal menghadiri acara membabitkan ahli keluarga.

Pada majlis sambutan hari jadi Uqasha yang ke-28 lalu, Kamal menjadi antara tetamu yang memeriahkan majlis.

 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Tube Viral

Sumber : http://limauais.pw/2020/12/21/uqasha-tak-tahu/

Apa komen anda?

Be the first to comment on "Lamran Kamal Adli Hanya Gimik? Juru Mekap Uqasha Dedah Segalanya"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*