“Gelaran J4nda Bukan Status Yang Boleh Dibanggakan”- Nadia Brian

Tiada siapa yang mahu hubungan rumah tangga yang dibina ber4ntakan.

Begitu juga dengan pelakon dan model terkenal, Nadia Brian yang meluahkan kekecewaan apabila mahligai rumah tangga yang dibina bersama suami, Muizz Nasruddin tidak berpanjangan.

Umum mengetahui tentang pergol4kan yang berlaku antara Nadia dan suaminya, Muizz sejak Oktober lalu kini sedang di dalam proses pencer4an.

Nadia atau nama sebenarnya, Nadia Najwa Mohamed Rashidi, mengesahkan suaminya sudah memfailkan kes percer4ian di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur pada 2 Oktober lalu.

Bagaimanapun, sebutan perbicaraan yang ditetapkan pada 3 November lalu ditangguhkan kepada satu tarikh yang belum diketahui disebabkan fasa Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

Memetik petikan dari Berita Harian, Nadia berkata dia sudah tidak boleh men1pu dirinya yang sudah tidak bahagia bersama suami.

“Jika hubungan lebih membawa kemud4ratan, percer4ian dilihat jalan penyelesaian terakhir yang dibenarkan jika sesama pasangan tidak lagi boleh meneruskan apa yang dimulakan.

“Buat apa mahu menipu diri apabila sudah tidak bahagia hidup bersama? Gelaran j4nda ini bukan satu status yang boleh dibanggakan, apatah lagi, dim4lukan.

Menyifatkan apa yang berlaku adalah ketentuan-Nya, pelakon yang mula diperkenalkan menerusi drama Akulah Balqis itu berkata, dia mahu belajar daripada kesilapan.

“Suratan ini adalah ketentuan Allah. Apa yang berlaku boleh menjadi pembakar semangat untuk saya menjadi manusia lebih baik,” 

“Apa yang berlaku dijadikan pengajaran. Malah, saya bersedia berdepan apa juga dugaan. Saya sedar soal kebahagiaan kita tentukan, bukan orang lain.

“Buat apa nak teruskan perhubungan sekiranya tidak bahagia. Saya percaya pasti ada jalan untuk saya memperbaiki kehidupan pada masa akan datang,” katanya.

Turut berkata, Nadia mahu melangkah ke depan dan tidak mahu mengingat kembali apa yang sudah terjadi.

“Jika boleh, saya sudah tak mahu mengingati lagi kisah duka yang berlaku. Malah, saya harap rakan media dan blogger tidak lagi menggunakan gambar saya dan suami, selepas ini.

“Saya tak mahu memburukkan sesiapa. Manusia tiada yang sempurna dan itu juga bukan alasan untuk menghvkum manusia lain. Kita sendiri pun belum tentu 100 peratus baik.

“Kalau rasa diri sempurna, mungkin dia tak sesuai dengan saya. Saya harap kami boleh ‘move on’ dan belajar dari kesil4pan,” katanya.

Kami di Hot FM mendoakan semoga Nadia dan Muizz mencapai kata sepakat dan dapat selesaikan perkara ini dengan baik.

 

Sumber : Berita Harian

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Tube Viral

Sumber: HOT.FM

Apa komen anda?

Be the first to comment on "“Gelaran J4nda Bukan Status Yang Boleh Dibanggakan”- Nadia Brian"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*