“Semua Unfollow PU Rizz”- Status Hubungan Neelofa Jadi Buah Mulut

Di laman Twitter ketika ini, rata-rata netizen mula membuat spekulasi mengenai Neelofa dan PU Riz selepas adik-beradik selebriti itu memuatnaik perkongsian yang sama di laman Insta-story mereka.

Kongsi Status Yang Sama

Menerusi perkongsian itu, ketiga-tiga adik beradik selebriti terkenal itu iaitu Noor Nabila, Athisha Khan dan Ameera Khan berkongsi beberapa kenyataan yang merujuk kepada sikap sebenar seseorang itu selain turut berkongsi doa yang meminta perlindungan daripada perkara-perkara yang buruk.

“Kami berlindung dengan Allah daripada perkara (perkara buruk) tersebut (daripada menimpa kami)” kongsi ketiga-tiga mereka di Insta Story sebentar tadi

Foto Risik Neelofa Sudah Dipadam?

Selain itu, terdapat dakwaan daripada netizen yang mengatakan bahawa mereka tidak lagi mengikuti pendakwah bebas yang juga pelakon itu di laman Instagram.Malah foto bersama Neelofa dan PU Riz di laman Instagram tidak lagi kelihatan termasuklah foto ketika acara merisik Neelofa pada awal November lalu.

Bagaimanapun, dalam masa yang sama peminat turut mendoakan yang terbaik buat hubungan Neelofa dan PU Riz. Untuk rekod, Neelofa dan PU Riz atau nama sebenarnya Muhammad Haris bin Mohd Ismail telah mengikat tali pertunangan pada 1 November 2020 tidak lama selepas pemilik jenama Naelofar itu mengumumkan dirinya sudah berpurdah sepenuhnya.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Tube Viral

Sumber : murai.my

Apa komen anda?

Be the first to comment on "“Semua Unfollow PU Rizz”- Status Hubungan Neelofa Jadi Buah Mulut"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*