Masih belum reda dengan spekulasi masalah perhubungan antara selebriti Noor Neelofa dan Haris Ismail yang lebih dikenali sebagai PU Riz, pasti ramai yang tertanya-tanya apa sebenarnya yang berlaku antara mereka.
Memberi sedikit pencerahan, Neelofa telah membuat satu penjelasan ringkas mengenai hal tersebut melalui satu video yang dimuat naik di Instagram pada 27 Disember 2020.
Antara yang dijelaskan, beliau menafikan tentang tudvhan yang dilemparkan berkaitan isu ‘pengasih’ dan pemberian sejumlah wang kepada PU Riz.
Namun begitu, masih belum ada penjelasan berkenaan hal ini daripada pihak PU Riz.
Tanpa cepat melatah dengan isu yang hangat diperkatakan ini, pada 28 Disember 2020, PU Riz telah memuat naik satu perkongsian di Instagram story.
Dengan perkongsian tersebut, PU Riz seakan memberi respon dengan perkara yang masih diperkatakan ini.
Bagaimanapun, kedua-kedua mereka semestinya sedang mencari titik penyelesaian untuk menjernihkan keadaan yang terjadi antara mereka yang turut melibatkan kedua-dua belah keluarga.
Semoga permasalahan yang dihadapi oleh Neelofa dan PU Riz ini dapat diselesaikan secara baik.
Sumber: Instagram PU Riz
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Tube Viral
Sumber : HOT.FM
Be the first to comment on "Tidak Cepat Melatah Seperti Keluarga Lofa, PU Riz Percaya Akan Ada Jalan Penyelesaiannya Nanti “Allah Will Resolve Everyhing…””"