Sakinah Kata Tak Rampas Suami Orang, Sekali Mat Saleh Ini Dedah Perkara Sebenar

Kekasih Sharifah Sakinah, Michael Hansen menafikan dakwaan pelakon wanita itu per4mpas dan pemvsnah rumah tangga orang.

Michael meneg4skan dia tidak pernah menjalin hubungan svlit bersama Sakinah sepanjang mengenalinya.

Sebaliknya hubungan perkahwinan bersama dengan bekas isterinya itu telah berakhir sebelum bertemu dengan Sakinah.

“Merujuk kepada khabar angin yang tersebar di media sosial sejak kebelakangan ini, saya ingin menjelaskan dan mengesahkan bahawa

Sharifah Sakinah BUKAN penyebab perpisahan perkahwinan saya.

“Hubungan antara saya dan ibu anak-anak saya sudah berakhir setahun sebelum saya bertemu dengan Sakinah. Selepas daripada perp1sahan itu kami memang tinggal secara berasingan.

“Sakinah adalah seorang wanita hebat, baik hati dan mempunyai sifat humor yang sangat menyenangkan.

“Kami juga menghormati masa silam masing-masing. Saya harap anda semua dapat menghormati privasi keluarga saya dengan cara yang sama,” jelasnya dalam Bahasa Inggeris.

Michael berkata demikian ketika dihubungi Gempak menerusi aplikasi WhatsApp hari ini.

Terdahulu, nama Sakinah tiba-tiba menjadi hangat apabila timbul pelbagai versi cerita kurang enak mengenai dakwaannya sebagai perampas suami orang.

Dalam perkembangan lain, Sakinah sebelum ini memaklumkan bakal mendirikan rumah tangga dengan jejaka berasal dari Sweden ini pada 28 Mei tahun hadapan.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Tube Viral

Sumber : GEMPAK

Apa komen anda?

Be the first to comment on "Sakinah Kata Tak Rampas Suami Orang, Sekali Mat Saleh Ini Dedah Perkara Sebenar"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*