Baru je selesai kes tuntutan hadanah, sekali Aniq Suhair taknak dikaitkan dgn Cik B

KOTA BHARU – Mahkamah Tinggi Syariah Kota Bharu pada Isnin menolak permohonan tuntutan hak hadanah bekas suami pertama kepada jutawan kosmetik, Datuk Seri Dr Hasmiza Othman atau Datuk Seri Vida untuk bertemu dengan dua anaknya.

Keputusan itu dibuat oleh Hakim Mahkamah Tinggi Syarie, Datuk Abu Bakar Abdullah Kutty.

Dalam prosiding itu, mahkamah mengarahkan Edlynn Zamilleen, 16, atau Cik B dan Muhammad Eric Zaquan, 14, atau lebih dikenali sebagai Kacak menghubungi bapa mereka, Mohd Amin Yasin, 43, sekurang-kurang sebulan sekali.

Tindakan itu bertujuan mengelakkan ikatan silaturahim antara anak dengan bapa terputus.

Abu Bakar berkata, mahkamah turut memberikan hak kepada kedua-dua beradik itu untuk membuat keputusan bertemu bapa mereka sekiranya sudah bersedia berbuat demikian.

“Ibu (Vida) tidak mempunyai hak untuk menghalang kedua-dua anak sekiranya bersedia untuk bertemu ayah mereka,” katanya.

Vida atau turut dikenali sebagai DSV diwakili peguam Nurul Shuhada Ab Aziz manakala Mohd Amin diwakili peguam Mohd Zaki Zainal Abidin dan Nik Mohamad Amin Nik Abdullah dalam perbicaraan itu.

Mohd Amin sah bercerai dengan Vida pada tahun 2008 iaitu selepas lapan tahun mendirikan rumah tangga.

Selain Cik B dan Kacak, hasil perkongsian hidup Mohd Amin dan Vida mereka dikurniakan dua lagi cahaya mata iaitu Muhammad Eddie Zuhdie dan Muhammad Edrie Zikrie.

Bagaimanapun, Muhammad Eddie Zuhdie dan Muhammad Edrie Zikrie yang ketika itu masing-masing berusia 11 dan 10 tahun meninggal dunia dalam kejadian kebakaran di rumah Vida di Meru Hill pada tahun 2013.

Dalam pada itu, Vida ketika ditemui pemberita melahirkan rasa syukur dan lega di atas keputusan tersebut.

Katanya, beliau tidak pernah menghalang dua cahaya matanya itu untuk bertemu dengan bapa mereka.

‘No more’ Cik B! – Aniq Suhair

Kuala Lumpur: Pelakon baharu dikenali Aniq Suhair, 20, enggan lagi terus dikaitkan dengan bintang remaja, Cik B, 15, yang juga anak pengasas kosmetik terkenal, Datuk Seri Vida.

Aniq ditemui berkata sempena tahun baharu ini, dia berharap mereka tidak terus dikaitkan dengan apa sahaja tanggapan, meski masih berkawan rapat.

“Sekarang dah tahun baharu 2021 pun, jadi kiranya cerita saya dengan Cik B itu, dah boleh tutuplah. ‘No more’ Cik B lagi.

“Saya ketika ini, nak tumpu pada kerjaya seni sahaja kerana jadual berlakon pun padat sangat. Masa berehat saya, hanya sehari dan selebihnya bekerja.

“Jadi pasal perempuan ke, bercinta, saya nak ketepikan dahulu. Saya taknak serabutkan kepala nak fikir banyak benda, selain fokus pada kerja sahaja,” katanya kepada Harian Metro.

Kisah hubungan Aniq dan Cik B menjadi perhatian di Twitter pada November tahun lalu apabila mereka bergandingan dalam drama Lelaki Lingkungan Cinta di TV3, terbitan Zeel Production.

Berlakon sebagai pasangan kekasih yang akhirnya berkahwin dalam drama itu, huhungan Aniq dan Cik B dilihat semakin mesra kerana mereka saling berbalas komen di media sosial.

Kata Aniq, sebagai pelakon baharu dia tidak berniat cuba mengaitkan namanya dengan kisah sensasi seperti percintaan. Ujarnya, kisah dia dan Cik B ‘dicipta’ hanya untuk suka-suka.

“Saya dan Cik B, kami memang tak bercinta pun. Hanya berkawan baik dan rapat sahaja. Lagi pun, Cik B masih bersekolah, umur 15 tahun dan takkanlah saya nak bercinta dengannya.

“Dia gadis di bawah umur kot. Cukup-cukuplah dengan dakwaan negatif yang dilemparkan kepada saya selepas kisah dengan Cik B itu hangat. Bagi saya, kami hanya berurusan atas dasar kerja sahaja,” katanya.

Menurut Aniq, dia juga bersyukur kerana kelab peminatnya kekal memberikan sokongan padu dan tidak mudah percaya dengan cerita sensasi. Ujarnya, rata-rata ahli kelab peminatnya tahu bahawa di antara dia dan Cik B tidak bercinta.

Bagi perkembangan terbaharu karier lakonannya, Aniq yang juga finalis Hero Remaja 2020, kini membintangi drama Tak Sempurna Mencintaimu untuk slot Akasia, TV3.

Dalam drama itu, Aniq berlakon di samping pelakon seperti Redza Rosli, Intan Najuwa, Fendy Bakry, Wan Maimunah, Mak Jah dan ramai lagi. Terdahulu, Aniq juga pernah berlakon drama Kebaya Kasut Kanvas.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Tube Viral

Sumber : http://transformasi.pw/2021/01/04/no-moree-yee/

Apa komen anda?

Be the first to comment on "Baru je selesai kes tuntutan hadanah, sekali Aniq Suhair taknak dikaitkan dgn Cik B"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*