KUALA LUMPUR: Pelakon dan penerbit terkenal, Datuk Ziela Jalil tidak berniat merahsiakan perkahwinan dan menyembunyikan status sebagai isteri kedua seperti tular dalam media sosial, ketika ini.
Sebaliknya, kata Ziela, dia berbuat demikian kerana mahu menjaga hati banyak dan menanti masa yang sesuai untuk berkongsi berita itu kepada umum.
“Sebenarnya, saya sudah lama memasang niat berkongsi berita gembira kepada rakan media. Cuma, saya menanti masa yang sesuai untuk berbuat demikian. Sebagai isteri kedua, saya perlu menjaga hati banyak pihak terutama keluarga isteri pertama.
“Sejujurnya, saya terkejut dan sedikit ralat apabila gadis berkenaan terlebih dahulu mendedahkan perkara ini kepada umum menerusi Twitter. Pun begitu, saya bersikap positif dengan melihat tindakannya sebagai satu isyarat menandakan masa untuk saya berkongsi berita ini kepada umum sudah tiba.
“Saya berpendapat tindakannya juga bermakna mereka sudah bersedia berdepan dengan pelbagai kemungkinan serta tanggapan masyarakat sebaik sahaja perkara inj menjadi tatapan umum,” katanya kepada BH Online.
Pemilik syarikat produksi Pena Creative Pictures Sdn Bhd itu mengulas pendedahan yang dibuat oleh seorang gadis yang mendkwa Ziela adalah isteri kedua bapanya di Twitter sehingga mencetuskan perdebatan dan spekvlasi dalam kalangan netizen.
Datuk Ziela Jalil memilih Pengerusi Masjid Ibnu Mas’ud, Datuk Syed Osman Al Habshee sebagai suami dan mendirikan rumah tangga pada 17 Februari, tahun lalu. – Foto Datuk Ziela Jalil
Ziela menambah, dia turut bertanggungjawab untuk menceritakan perkara sebenar supaya segala spekulasi yang bertebaran mengenai isu itu dapat ditamatkan.
“Kalau ikutkan suami, dia tidak mahu perkara ini dipanjangkan. Tetapi sebagai selebriti, saya percaya lambat laun orang akan tahu juga dan saya rasa bertanggungjawab untuk meletakkan titik noktah terhadap perkara ini. Justeru, saya perlu bersikap jujur untuk menjelaskan segala-galanya.
“Suami, Datuk Syed Osman Al Habshee adalah Pengerusi Masjid Ibnu Mas’ud. Kami bernikah pada 17 Februari 2019 selepas lima minggu berkenalan. Pada awalnya, saya cuba merahsiakan perkahwinan daripada keluarga termasuk anak-anak kerana tidak mahu melukakan hati mereka. Saya tak mahu mereka merasa seolah-olah saya sudah melupakan bapa mereka.
“Tetapi, saya sering tegaskan, tiada siapa yang mampu menggantikan tempat bapa mereka kerana dua lelaki ini adalah berbeza. Mungkin sudah tersurat jodoh saya dan satu ujian buat saya. Mungkin sebelum ini saya sering mengatakan yang tidak akan berkahwin lagi, namun siapalah saya untuk menidakkan ketentuan Ilahi,” ujarnya.
Ditanya apakah yang membuatkan dirinya tertarik dengan lelaki berusia 54 tahun itu untuk dijadikan peneman hidup, Ziela atau nama sebenarnya, Norzila Abdul Jalil itu mengakui sifat terbuka Osman yang sanggup menerima dirinya yang masih belum mampu melupakan Allahyarham suami antara penyebab pintu hatinya yang terkunci sejak sekian lama itu terbuka kembali.
“Bukan mudah untuk saya buat keputusan kembali bergelar isteri. Jika ikutkan, saya boleh sahaja menamatkan zaman saya selepas kematian suami lebih sedekad lalu. Waktu itu usia saya lewat 30-an. Tetapi, saya lebih selesa hidup bersendirian.
“Bayangkan, selama sebelas tahun saya hidup bersendirian ditemani kenangan bersama arwah suami, sudah tentu agak sukar untuk saya memutuskan untuk berkahwin semula apatah lagi untuk menjalani kehidupan bermadu seperti sebelum ini.
“Saya tahu ramai yang menganggap saya mengahwininya kerana harta, itu tidak benar sama sekali. Dia orang biasa dan bukanlah hartawan. Saya tertarik dengannya kerana dia sering menjadi tempat untuk saya mengadu. Dia juga bersikap terbuka dan memahami walaupun tahu saya masih hidup dengan ditemani kenangan bersama bekas suami. Ini membuatkan saya yakin dialah calon yang tepat buat saya,” luah Ziela.
Anak Jelita Ziela Jalil Kini Bergelar Doktor
Baru-baru ini, pelakon dan penerbit Datuk Ziela Jalil berkongsi berita gembira dengan para pengikut Instagramnya.
Dalam perkongsian yang dimuat naik pada Ahad baru-baru ini memaparkan bagaimana Ziela begitu teruja dengan kejayaan anak sulungnya, Puteri Julia Nabilah, 24, yang kini telahpun bergelar doktor.
Selain beberapa keping foto dan dua buah video, Ziela turut berkongsi ucapan Julia yang menyentuh perasaan netizen.
Dalam ucapan tersebut, Julia melahirkan penghargaan terbesar buat ibunya yang sentiasa memberikan semangat dan tidak henti mengutus doa buatnya.
Malah, Julia juga tidak lupa untuk mendedikasikan kejayaan tersebut kepada Allahyarham bapanya, bekas Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Megat Junid Megat Ayob.
Menerusi ruangan komen pula, rata-rata netizen mengucapkan tahniah dan berasa kagum dengan kejayaan Julia yang juga dianggap mereka sebagai kejayaan Ziela dalam membesarkannya.
Untuk info, Julia memulakan pengajiannya pada tahun 2012 di Royal College of Surgeons yang terletak di Ireland sebelum pengajian beliau berakhir pada tahun ini.
Berikut ucapan penuh Julia.
Kredit foto: Instagram Ziela Jalil
Saya terbang ke Dublin pada September tahun 2012 untuk memulakan tahun pertama pengajian saya di Royal College of Surgeons di Ireland (RCSI). Lima tahun suka dan duka yang benar
benar saya rasakan dan hari ini akhirnya saya selesai pengajian dengan gelaran Doktor. Ada naik dan turun dalam perjalanan saya sebelum saya tiba di sini, namun semuanya berbaloi. Saya
tahu masih ada perjalanan yang panjang di hadapan, lebih banyak dugaan untuk ditempuhi, tapi Alhamdulillah saya bersyukur kepada Allah kerana merahmati setiap liku perjalanan saya setakat
ini, di mana saya tak akan berada di sini tanpa kuasa dan rahmatNya, saya berdoa dia akan sentiasa bersama-sama dengan saya dalam setiap langkah perjalanan hidup ini. Ketika saya
merasakan saya memerlukan keajaiban untuk menempuhi detik-detik sukar, Dia sentiasa memberikan saya cahaya petunjuk. Mama dan Allahyarham Abah, kejayaan ini untuk anda berdua dan
saya berharap saya telah membanggakan anda. Terima kasih mama, berkat doa mama yang tak pernah putus. Teima kasih Allah kerana merahmati saya bersama wanita hebat ini, yang mana
saya diberikan hak untuk memanggilnya dengan gelaran “ibu”. Terima kasih juga kepada keluarga dan rakan-rakan yang tak henti-henti menyokong. Juga kepada sesiapa yang sentiasa
bersama-sama dengan saya di sepanjang perjalanan ini, sokongan-sokongan yang saya terima semasa di Dublin dan sepanjang kebanyakan masa saya di Pulau Pinang, anda tahu siapa anda
yang saya tak perlu sebutkan di sini dan saya berhutang banyak kepada anda semua yang memungkinkan kejayaan yang saya terima ini. Terima kasih kepada semua yang mendoakan dan
menyokong saya, untuk guru-guru saya di Alice Smith School, pensyarah-pensyarah di RCSI and PMC dan untuk sesiapa sahaja yang meletakkan kepercayaan kepada saya.
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Tube Viral
Sumber:
Be the first to comment on "Selepas mengaku hidup bermadu, kini anak Jelita Ziela Jalil pula jadi perhatian"