Perkahwinan Dibatalkan, Lia Natalia Dedah Sesuatu Yang Buat Ramai Terkejut

Kuala Lumpur: Pelakon Lia Natalia, 29, mendedahkan dia kerug1an lebih RM50,000 untuk majlis perkahwinan yang sepatutnya dilangsungkan bulan lalu tetapi terpaksa dibatalkan.

Lia atau nama sebenarnya Alia Afiqah Abden berkata, dia reda dan menyifatkan dugaan itu tidak seberat pengajaran untuk betul-betul memilih calon suami yang tepat.

“Sed1h memang sed1ih walaupun luarannya saya nampak kuat. Apatah lagi sudah berhabisan belanja untuk persiapan majlis itu, saya akur itu ketentuan-Nya bahawa jodoh saya belum sampai.

“Perbelanjaan banyak untuk tiket penerbangan membawa rombongan lelaki ke Tawau, Sabah. Selebihnya, kos penggambaran pra perkahwinan, lokasi serta persiapan lain.

“Pertama kali nak berkahwin, keterujaan saya akhirnya bertukar kekecew4an. Bagaimanapun, lebih baik saya ambil keputusan itu daripada kecew4 di kemudian hari berkahwin dengan calon yang salah,” katanya.

Pelakon drama Bukan Gadis Biasa itu juga mengakui dia kini serik kec3wa dalam hubungan bercinta selepas hajatnya mendirikan rumah tangga berkec4i.

“Pengajaran daripada kejadian ini sebenarnya saya menjadi serik untuk menjalin hubungan lagi. Saya risau jika ia tidak kesampaian lagi dan berulang kali dikecew4kan. Tak tahulah jika saya dapat membuka hati untuk bercinta lagi dalam masa terdekat. Saya penat menjadi pihak yang sentiasa berhabisan baik jiwa dan tenaga, namun akhirnya tidak dihargai,” katanya.

Terdahulu, Lia memaklumkan terpaksa menerima hakikat perkahwinannya dengan jejaka dikenali hampir setahun lalu yang sepatutnya berlangsung Disember lalu dibat4lkan.

Dia bagaimanapun enggan mendedahkan punca perpisahan dengan jejaka terbabit kerana perkara itu akan membuka aibnya. Dia juga tidak mahu berkongsi identiti lelaki itu.

Lia ditemui sewaktu pratonton drama A.I. In Love. Selain Lia, drama itu menampilkan pelakon popular Janna Nick, Dini Schatzmann, Sham Visa, Emelda Rosmila, dan Keith Foo, hari ini.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by 𝐋 𝐈 𝐀 𝐍 𝐀 𝐓 𝐀 𝐋 𝐈 𝐀 (@lia_natalia)

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by 𝐋 𝐈 𝐀 𝐍 𝐀 𝐓 𝐀 𝐋 𝐈 𝐀 (@lia_natalia)

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Tube Viral

Sumber: HM

Apa komen anda?

Be the first to comment on "Perkahwinan Dibatalkan, Lia Natalia Dedah Sesuatu Yang Buat Ramai Terkejut"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*