Kec0h ‘D!reject’ Haqiem Rusli, Sekali Sweet Qismina Buka Mulut

PELAKON Sweet Qismina menaf1kan berlaku perselis1han faham membabitkan dia dengan penyanyi Haqiem Rusli selepas menarik diri daripada membintangi muzik video single terbaharu penyanyi itu berjudul Mimpi.

Menurut Sweet atau nama sebenarnya, Farhanna Qismina Supandi, 24, dia menghormati pendirian masing-masing dan keputusan menarik diri itu dibuat dengan cara baik.

“Sebenarnya tiada sebarang perselis1han faham yang berlaku. Memang saya dan Adam dah sampai ke tempat penggambaran muzik video itu namun selepas diadakan perbincangan dengan Haqiem, pihak pengurusannya dan pihak penerbitan drama Bidadari Salju, memang saya ambil keputusan undur diri.

“Saya menghormati pendirian Haqiem yang mahukan wanita bertudung dalam muzik video dia. Isvnya bukan sebab saya tidak mahu memakai tudung, tapi saya perlu ikut karakter yang saya bawakan dalam Bidadari Salju yang mana watak itu tidak memakai tudung.

“Kalau saya bertudung, lain daripada karakter yang dibawakan dalam drama itu, netizen akan kec4m macam-macam pula… tahu sahaja la kan netizen ni macam mana,” katanya kepada mStar.

 

Saya menghormati pendirian Haqiem yang mahukan wanita bertudung dalam muzik video dia.

SWEET QISMINA

PELAKON

Sweet turut menambah, dia tidak terasa hati dengan pendirian dan prinsip yang dipegang oleh Haqiem malah turut mempromosikan muzik video tersebut di laman Instagramnya memandangkan Mimpi merupakan lagu runut bunyi (OST) Bidadari Salju lakonannya.

“Saya memang tiada isu (masalah) dengan Haqiem. Kami masing-masing tidak terasa hati antara satu sama lain.

Sweet Qismina dan Adam Lee bergandingan dalam drama Bidadari Salju.

“Saya hormat kerjaya dia sebagai penyanyi dan dia juga hormat kerjaya saya sebagai seorang pelakon.

“Sayang memanglah sayang (tak dapat beraksi dalam muzik video), sebab muzik video ini pasal drama saya berlakon.

“Tapi lebih baik saya undur diri sebab nanti akan jadi pelik dalam muzik video saya pakai tudung, tapi dalam drama itu saya tidak bertudung pula,” ujarnya.

Haqiem sebelum ini menyatakan prinsipnya yang hanya mahukan model wanita bertudung dalam muzik video lagu nyanyiannya.

Kenyataannya itu dilihat seperti penyanyi berusia 23 tahun itu sengaja ‘men0lak’ pembabitan heroin drama Bidadari Salju itu daripada membintangi muzik videonya.

Bidadari Salju yang ditayangkan di slot Akasia TV3, pukul 7 petang, setiap Isnin hingga Jumaat dibintangi Sweet, Adam Lee, Jasmine Suraya Chin dan Nazrief Nazri.

Drama itu diterbitkan oleh rumah produksi milik Datuk A.Aida iaitu A.Aida Production Sdn. Bhd.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber : mstar

 

 

Apa komen anda?

Be the first to comment on "Kec0h ‘D!reject’ Haqiem Rusli, Sekali Sweet Qismina Buka Mulut"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*