“Takvt Dia Tak Pandai Nak Kunyah Sebab Tak Biasa, Asyik Nen3n Je” – Aidil Kngsi Video Suapan Pertama

Genap lima bulan usia cahaya mata pasangan pelakon Fasha Sandha dan Aidil Aziz, Aisha Amaira. Buat pertama kali juga Aisha menerima suapan makanan yang pertama.

Saat manis pertama kali tersebut dikongsi oleh Aidil dalam satu video yang dimuat naik ke Instagram miliknya.

“Aisha dah 5 bulan, Alhamdulillah. Pagi-pagi bawak pergi cucvk, Doktor cakap dah boleh start makan. Selalunya baby, 6 bulan baru boleh start makan.

“Takut dia tak pandai nak kunyah sebab tak biasa, asek n3nen jer. So Fasha Sandha try bagi Aisha makan, tak payah ajar. Terus tahu. Semua excited,” tulis Aidil gembira.

Tambah Aidil lagi secara berjenaka, saat tersebut membuatkan dia teringat kepada satu pantun lama.

“Sorong papan tarik papan,

Buah keranji dalam perahu,

Suruh makan dia makan,

Suruh mengaji dia tak tahu,” tulis Aidil

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Aidil Aziz. (@itsaidilaziz)

Pasangan Aidil dan Fasha berkahwin pada 28 mac 2019 dan selepas mengalami kegvguran, Fasha dan Aidil menerima kehadiran cahaya mata pertama mereka, Aisha Amaira.

 

Melalui perkahwinan Fasha sebelumnya, dia mempunyai dua orang cahaya mata, Putra Rayfal Ramli dan Putri Raysha Jemaima.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Tube Viral

Sumber : Gempak

Apa komen anda?

Be the first to comment on "“Takvt Dia Tak Pandai Nak Kunyah Sebab Tak Biasa, Asyik Nen3n Je” – Aidil Kngsi Video Suapan Pertama"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*