Agong Ajak Ebit Lew Makan, Tiba2 Ada 1 Kejadian Yg Buat Ebit Lew Rasa Malu

Itulah reaksi penceramah popular, Ebit Lew apabila Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah hari ini membelanjanya makan ikan patin di Temerloh, Pahang.

Menurut Ebit, dia berasa sangat malu apabila dilayan Al-Sultan Abdullah dari mula hingga selesai menjamah hidangan malah dimintanya membacakan doa sebelum makan.

“Tuanku ulang kali cakap ustaz terima kasih beri bantuan di Negeri Pahang. Allahuakbar. Sebenarnya sikit sangat bantuan kami berikan di Pahang ini.

“Selalu nampak rombongan Tuanku YDPA setiap hari beri bantuan banj1r. Pecah tiga lagi. Tuanku, Permaisuri Agong dan Pemangku Raja. Dari pagi sampai lewat malam,” katanya dalam satu kenyataan di laman Facebook.

Ebit juga berkata, Agong turut menyuapkan Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.

“Bergurau mesra. Kasih sayang. Cinta sampai syurga,” ujarnya.

EBIT LEW RASA MALU

Tambahnya, menambahkan rasa malunya adalah apabila Al-Sultan Abdullah mengajaknya serta pasukannya bergambar.

“Semua memang berdoa jer teringin nak bergambar. Allah kabulkan doa kami. Ya Allah inilah Raja kami yang teramat baik dan mulia. Berilah kebaikan dan rahmat kepada Tuanku dan keluarga.

“Terima kasih ya Allah temukan kami dengan Tuanku YDPA kami yang mulia,” katanya.

Kenyataan Penuh EBit Lew:

Terharu sebak sangat. Selepas misi bantuan, rezeki Tuanku YDPA belanja makan ikan patin di Temerloh. Ya Allah.

Malu sangat rasa sebab dari mula sampai akhir Tuanku YDPA layan dan jemput makan. Dari mula minta baca doa sebelum makan. Terima kasih Tuanku. @istana_negara @this.7

Tuanku ulang kali cakap ustaz terima kasih beri bantuan di Negeri Pahang. Allahuakbar. Sebenarnya sikit sangat bantuan kami berikan di Pahang ini.

Selalu nampak rombongan Tuanku YDPA setiap hari beri bantuan banjir. Pecah tiga lagi. Tuanku YDPA,Permaisuri Agong, dan Pemangku Raja.

Supaya dapat cover setiap ceruk kawasan banjir. Dari pagi sampai lewat malam. Saya ikut sekejap terasa penat.. Tak terkejar dengan bantuan Tuanku.

Tadi masa makan YDPA Agong disuapkan Permaisuri Raja. Bergurau mesra. Kasih sayang. Cinta sampai syurga.

Lagi rasa malu bila tiba-tiba Tuanku bangun ajak team saya semua bergambar. Semua memang berdoa jer teringin nak bergambar. Allah kabulkan doa kami. Kata Tuanku ini semua takdir Allah atas pertemuan ini.

Ya Allah inilah Raja kami yang teramat baik dan mulia. Berilah kebaikan dan rahmat kepada Tuanku dan keluarga. Terima kasih ya Allah temukan kami dengan Tuanku YDPA kami yang mulia. Daulat Tuanku. -ebitlew

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Tube Viral

Sumber : Kosmo Online

Apa komen anda?

Be the first to comment on "Agong Ajak Ebit Lew Makan, Tiba2 Ada 1 Kejadian Yg Buat Ebit Lew Rasa Malu"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*