Individu Ini Minta Ayda Cer4i Saja Dengan Nabil Mahir, Sekali Dia Petik Nama Zul Ariffin

Meski baru mendirikan rumah tangga pada 1 Januari lalu, namun pelakon dan penyanyi, Ayda Jebat sudah menerima mesej peribadi daripada seorang pengguna Instagram yang memintanya bercer4i dengan suami, Nabil Mahir dan berkahwin dengan pelakon Zul Ariffin.

Penyanyi lagu Parah Parah itu menerusi satu hantaran di Instagram Story memuat naik kapsyen yang terk1lan dengan mesej yang dihantar individu berkenaan.

“Ada lagi orang macam ni,” tulisnya ringkas disusuli emoji beserta tangkap skrin yang dihantar pemilik akaun terbabit.

Pemilik akaun itu meminta Ayda berpisah dengan Nabil dan berkahwin dengan Zul yang dirasakan lebih baik.

“Cer4ikan jelah suami awak tu…Lagi baik kahwin dengan Zul Ariffin,” tulis individu berkenaan.

 

Sebelum ini pernah timbul gosip mendakwa wujud cinta lokasi di antara Ayda dan Zul selepas drama gandingan mereka, Rindu Awak 200% disiarkan TV3 beberapa tahun lalu.

Bagaimanapun, baik Ayda dan Zul, kedua-duanya menafikan dakwaan tersebut, sebaliknya menyifatkan hubungan mereka tidak lebih dari rakan selebriti.

Sementara itu, menerusi entri Ayda di Instagram, dia dan suami kini sedang menikmati momen indah bulan madu di Langkawi.

Foto: Instagram Ayda Jebat

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber : MH

Apa komen anda?

Be the first to comment on "Individu Ini Minta Ayda Cer4i Saja Dengan Nabil Mahir, Sekali Dia Petik Nama Zul Ariffin"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*