Siang ibu gelak-gelak, Maghrib djemput IIahi… anak sayu kenang kari ayam terakhir – “Mak gosok baju untuk kami pakai hari menlnggal dunia”

SEORANG anak tidak menyangka kegembiraan meny4ksikan wajah ibu yang ceria pada Sabtu lalu bertukar dvka apabila ibunya kemudian dijemput il4hi pada hari yang sama.

“Pagi tadi mak gelak-gelak, happening dengan kami dan tak sangka pagi tadi kali terakhir Isha salam mak, berlari-lari nak salam mak dan dalam sekelip mata semuanya berubah.

“Semoga mak tenang kat sana ye, Isha sayangkan mak. Mohon semua sedek4hkan al-Fatihah untuk arw4h mak saya,” tulis seorang pengguna Twitter menerusi satu ciapan.

Pengguna Twitter berkenaan, Ainol Nalissa Mohd Nazri berkata, ibunya, Allahyarhamah Mazlina Abdullah Aziz meningg4l dunia pada usia 52 tahun akib4t str0k.

Perkongsian Nalissa di laman Twitter.

“Saya dan beberapa adik-beradik pergi jalani ujian berkomputer untuk lesen memandu pada hari tu. Tapi mak yang paling happy, siap bergur4u dengan kami pagi tu.

“Mak sempat berpesan kepada kami supaya buat elok-elok dan Aalhamdulillah saya lulus dalam ujian berkomputer tu,” katanya yang berusia 21 kepada mStar.

Lebih mesra disapa Nalissa, katanya, sebaik pulang ke rumah, ibunya memasak juadah kari ayam kesukaan keluarga pada waktu makan tengah hari.

Nalissa mengiringi jen4zah ibunya untuk pengebvmian.

“Kari ayam ni adalah masakan mak yang paling istimewa, sebab paling sedap dan menjadi kegem4ran kami. Patutnya kami makan sekali, tapi mak makan dulu selepas masak.

“Selepas tu mak nak ke bilik air sebelum adik jerit yang mak nak reb4h sebab sakit kepala. Mak dibawa ke hospital sebelum menghembvskan nafas terakhir ketika azan Maghrib.

“Tak sangka itu adalah kari ayam terakhir yang mak masak untuk kami. Cuma sedikit terk1lan sebab tak dapat makan bersama seperti biasa,” katanya dengan nada sebak.

Menetap bersama keluarga di Tanjung Rambutan, Perak, Nalissa berkongsi kisah sed1h yang memberi gambaran mengenai ibunya seolah-olah akan pergi buat selama-lamanya.

Nalissa (berdiri, empat dari kanan) bersama keluarga ketika majlis perkahwinannya, Ogos tahun lalu.

Menurut anak keenam daripada 11 adik-beradik itu, arw4h ibunya pernah menyuarakan hasrat untuk melihat seisi keluarga memakai baju raya warna putih pada Hari Raya tahun ini.

“Awal bulan ni mak pernah cakap teringin nak tengok kami semua pakai putih di pagi raya tahun ni. Tapi tak sangka mak yang pakai putih (kain k4fan) dulu,” ujar pelajar Ijazah Sarjana Muda Linguistik Melayu di Universiti Malaya (UM).

Kalau dulu setiap kali makan bersama memang kami akan dahulukan ayah dan mak. Tapi sekarang sudah berbeza sebab tiada lagi mak bersama kami.

AINOL NALISSA MOHD NAZRI

Menyifatkan ibunya sebagai seorang yang ceria, tegas dan disenangi ramai, Nalissa turut berkongsi tanda-tanda lain yang baru disedari selepas pem3rgian itu.

“Baru-baru ni mak ada gosokkan baju Melayu dan baju kurung kami adik-beradik yang tinggal serumah. Tak tahu pula nak kami pakai baju tu pada hari dia meniinggal dunia.

“Yang paling terkes4n apabila suatu hari tu saya masak bihun, dan mak puji sedap dan kata lepas ni bolehlah masak untuk ayah dan adik-beradik lain,” tambahnya.

Bapa Nalissa (kiri) bersama arw4h ibu.

Nalissa yang mendirikan rumah tangga pada Ogos tahun lalu berkata, ibunya turut berpesan supaya belajar bersungguh-sungguh sehingga mencapai kejayaan selain menjaga bapa dan adik-beradik lain.

“Mak merupakan seorang yang begitu mementingkan kekeluargaan. Kalau dulu setiap kali makan bersama memang kami akan dahulukan ayah dan mak.

“Tapi sekarang sudah berbeza sebab tiada lagi mak bersama kami. Semoga kami sekeluarga diberikan kekuatan untuk terus menjalani kehidupan tanpa mak,” katanya.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Tube Viral

Sumber: MSTAR

Apa komen anda?

Be the first to comment on "Siang ibu gelak-gelak, Maghrib djemput IIahi… anak sayu kenang kari ayam terakhir – “Mak gosok baju untuk kami pakai hari menlnggal dunia”"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*