Jakarta: Hari bahagia buat pasangan kekasih di Jawa Barat untuk mendirikan rumah tangga musnah disebabkan pengantin lelaki terlupa membawa mas kahwin.
Suara.com semalam melaporkan, video pasangan pengantin dari Bandar Bekasi itu tular di akaun Facebook Official Trans7.
Laporan itu mengatakan, mengikut persetujuan kedua-dua belah pihak, pengantin lelaki berjanji membawa mas kahwin berupa emas seberat 10 gram bersama wang tunai sebagai mas kahwin.
Namun, ketika pasangan itu sudah bersiap sedia di hadapan jurunikah, dua perkara itu tidak disertakan sekali.
Menurut bapa pengantin perempuan dikenali sebagai Tinggal, perkahwinan itu terpaksa dibatalkan selepas bakal menantunya itu memungk1ri janjinya.
“Lelaki ini berjanji memberikan mas kahwin berupa emas seberat 10 gram kepada bakal isterinya. Sekarang kami sudah malu jadi batalkan sahaja pernikahan ini,” katanya.
Manakala, pengantin perempuan yang dikenali sebagai Dewi berkata, dia hanya menurut arahan keluarganya dan setuju pernikahan tidak diteruskan.
“Tidak mengapa, batalkan sahaja,” katanya.
Akibat pembatalan saat akhir itu, timbul kekec0han akibat pertengk4ran antara dua keluarga itu.
Pertengk4ran itu berjaya diler4ikan apabila pihak polis tiba di lokasi perkahwinan.
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Tube Viral
Sumber: HM
Be the first to comment on "[VIDEO] Gara-Gara Pengantin Lelaki Tidak Membawa Mas Kahwin, Pernikahan Dibatalkan"