“Jujur cakap, saya baru duduk rumah ni”- Suara Perempuan Menangis Terdengar Di Live IG Shuk Sahar

PELAWAK Shuk Sahar terkejvt apabila dimaklumkan oleh pengikut mengenai kehadiran bunyi m1steri seakan-akan wanita menangis semasa dia sedang bersiaran langsung di laman Instagram.

Shuk atau nama sebenar Mohammad Shukri Mohamed Sahar, 34, berkata semasa kejadian dia tidak menyedari sebarang bunyi m1steri kerana terlalu fokus melayan pengikut.

“Saya betul-betul tak perasan dengan suara yang masuk dalam live saya… saya memang tak dengar apa pun waktu live tu.

“Mula-mula saya live biasa je… lepastu kami main teka-teka umur dan nama… siapa menang dia dapat duit RM150.

“Kemudian saya tengok kat ruangan komen semua kata ada suara orang menangis, padahal saya tak dengar apa pun!” katanya.

Bunyi wanita menangis dikesan semasa Shuk Sahar buat siaran langsung di Instagram.

Penyampai radio Hot FM ini berkongsi mengenai kejadian m1steri itu menerusi Instagram miliknya pada malam Khamis.

Dia turut memuat naik rakaman berdurasi 12 saat memperlihatkan dirinya bersama seorang teman yang turut berada dalam video tersebut.

 

Saya cuba panggil ustaz untuk tengok benda apa sebenarnya!

SHUK SAHAR

PELAWAK

Lebih menakutkan apabila ada pengikut yang sempat merakam bunyi misteri itu dan menghantar kepadanya sejurus selesai bersiaran langsung.

“Bila orang hantar screen recorder dekat saya, baru saya perasan memang ada bunyi orang menang1s, ” ujarnya.

Shuk dan keluarga baru mendiami kawasan tersebut.

Sementara itu, Shuk berkata pada malam itu dia bersiaran langsung di rumahnya yang baru sahaja didiami.

“Jujur saya cakap rumah saya ni baru duduk dan belum sempat buat doa selamat lagi.

“Tak apa esok saya cuba panggil ustaz untuk tengok benda apa sebenarnya,” katanya.

Dalam pada itu, rata-rata pengikut yang turut menyertai siaran langsung itu mengesahkan kehadiran suara misteri itu.

“Dari awal live lagi saya dengar tapi buat tak endah saja, mula-mula masa teka beg tu, masa tu dah dengar bunyi menangis tapi buat bodoh je… seram!

“Seriuslah! Tadi saya ingat ada orang main-main sebab Abang Shuk buat macam tak kisah je.

“Saya dengar tadi masa Shuk nak video call pemenang tiba-tiba dengar suara perempuan menangis… dengar benda yang sama, lepas itu semua cakap benda sama,” antara komen pengikut.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by 𝑯𝒐𝒕𝑭𝑴 𝑫𝑱 𝑨𝒏𝒏𝒐𝒖𝒏𝒄𝒆𝒓 (@shuk_hotfm)

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Tube Viral

Sumber: mStar

Apa komen anda?

Be the first to comment on "“Jujur cakap, saya baru duduk rumah ni”- Suara Perempuan Menangis Terdengar Di Live IG Shuk Sahar"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*