Lawak Tak Sensitif AC Mizal Dengan Maryam Di Krltik, Netizen Samakan Level Dengan Syuk.

Kalau anda perasan, pasangan Ryzal dan Maryam cukup terkenal di Malaysia kerana perbezaan budaya antara mereka selain kandungan video mereka yang unik. Disebabkan oleh populariti pasangan tersebut yang kian meletup, mereka kini sudah pun menjadi jemputan untuk beberapa rancangan di saluran tempatan.

Daripada klip pendek yang dimuat naik oleh Ryzal dan Maryam ini, dapat dilihat mereka berada di belakang pentas di sebuah stesen televisyen tanah air dan bersembang sakan dengan beberapa selebriti popular seperti Lisa Surihani dan Hazama.

Namun apa yang menarik perhatian ramai ialah perbualan di antara Dato’ AC Mizal dengan Maryam. Disebabkan oleh lawak ‘double meaning’ pengacara itu, wanita Korea itu dilihat terpinga-pinga kerana tidak memahami maksudnya.

Meskipun ‘terlepas’ daripada wanita itu, namun netizen meluahkan rasa kurang senang dengan AC Mizal yang dianggap tidak menghormati Maryam kerana membuat lawak tidak senon0h itu.

“Malam jumaat, saya makan tteokbokki (‘kek beras’, makanan terkenal di Korea), tapi dengan bunyi yang lain.”

Apabila ditanya wanita itu makan apa, dan Maryam menjawab tteokbokki, AC Mizal dilihat terus mengutarakan lawak tidak sensitif tersebut,

“Saya makan, bunyi sebutannya lebih kurang tapi rasanya lain.”

Pengacara itu yang seolah-olah memberikan bayangan mengenai alat svlit, para netizen terus meluahkan rasa tidak puas hati mereka kerana menganggap perkara tersebut tidak sepatutnya dilakukan kepada wanita tambahan pula pasangan yang sudah berkahwin.

Kebanyakan daripada mereka meminta pengacara itu dan juga orang lain supaya lebih sensitif dengan lawak sedemikian, memandangkan Maryam juga tidak begitu fasih dengan bahasa Melayu. Mungkin dia akan terasa hati sekiranya makanan popular di Korea itu dijadikan bahan lawak tidak senon0h.

 

Sumber:beutifulnara

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber : 

Apa komen anda?

Be the first to comment on "Lawak Tak Sensitif AC Mizal Dengan Maryam Di Krltik, Netizen Samakan Level Dengan Syuk."

Leave a comment

Your email address will not be published.


*