Media sosial sedang h4ngat dengan kes cvrang melibatkan seorang penyampai radio, juga seorang pelawak Shuk Sahar
Netizan tampil dan membandingkan kisah Shuk dengan Edika yang setia menjaga isteri yang lvmpuh
Berikut reaksi dari Edika bila ada netizan membandingkan kesetiaan beliau dengan beberapa kisah selebreti yang berm4salah
‘Saya setia jaga isteri kerana cinta dan kasih sayang’
Kuala Lumpur: Pelakon Edika Yusof, 54, enggan mengulas pujian warganet yang membandingkan kesetiaannya terhadap isteri, Norhidayah Yusri, 43, yang lumpuh sejak 16 tahun lalu dengan orang lain.
Edika berkata, dia sebenarnya tidak selesa setiapkali ada isu berkaitan selebriti, akan dibandingkan dengannya.
“Semua orang akan melalui dug4an masing-masing. Setiap perkahwinan juga ada dugaannya tersendiri.
“Bagi saya perkahwinan ialah tanggungjawab bersama dan susah senang kita mesti hadapi bersama.
Isteri adalah jodoh dan teman sejiwa, bukan pembantu rumah.
“Bersama kita berkongsi tanggungjawab termasuk rutin harian, jaga anak, kerja-kerja rumah dan juga memasak,” katanya kepada Harian Metro.
Menurutnya, adalah tidak adil juga jika warganet menyentuh isu rupa dan kesetiaannya terhadap isteri dengan selebriti lain.
“Rupa tidak memainkan peranan. Setiap orang mempunyai cara dan pemikiran yang berlainan.
“Apa yang boleh saya katakan di sini, mungkin saudara (selebriti) kita ada masalah tersendiri. Biarlah kita sama-sama belajar daripada kesilapan dan doakan yang baik-baik sahaja.
“Siapa kita untuk menilai mereka kerana kita juga tidak sempurna,” katanya.
Mengulas perkongsiannya meraikan ulang tahun ke-18 perkahwinan di media sosial yang menjadi tul4r, Edika mengaku tidak menyangka akan berlaku.
“Sejujurnya saya jarang buat hantaran berkenaan isteri saya. Tak sangka pula hantaran berkaitan ulang tahun perkahwinan kami menjadi tul4r.
“Berkenaan perkara ini, saya setia menjaga Isteri. Bagi saya, sebagai suami saya cuba menjalankan tanggungjawab dengan sebaik mungkin.
“Bagi saya tanggungjawab adalah perkara utama dan keduanya disebabkan perasaan cinta dan kasih sayang.
“Saya bersyukur Allah panjangkan jodoh kami dan juga Allah berikan kami kekuatan dalam mengharungi dugaan ini,” katanya.
Menurutnya, biarpun keadaan isterinya yang lumpvh dari dada hingga hujung kaki, mereka sekeluarga cuba untuk menjalani kehidupan senormal yang mungkin.
“Walaupun dengan lumpvh separuh badan, isteri saya mencuba apa yang terbaik dia boleh lakukan. Anak-anak juga banyak membantu,” katanya.
Pasangan bahagia ini dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Nazirul Afiq, Fardeen Nasrulhaq dan Fereena Nurulhaq.
Berikut pula reaksi dari netizan
” Bab setia dan kasih sayang ni jgn tunjuk kt public biar kite dalaman je udah.. Nape nk citer kt org kan kite buat itu la ni la kan.. Kasih dan syg kite hanya tuk isteri tercinta kt dlam umah dah habis citer.. Yg penting kite jaga kite je..”
“Hotfm patut ambik edika jd penyampai deorg”
“Dah la handsome setia pulak tu. Yang muka tak berapa nak siap pulak cur4ng. Terbaik edika. Minat dia dari zaman dia muda2 berlakon dulu”
“Semuga tabah menghadapi dug4an hidup dari Allah .mungkin ada hikmahnya jagalah isteri kita dia adalah jodoh kita. yg Allah berikan”
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook
Sumber : http://trendingsangat.pw/netizan-banding-kisah-edika-dgn-pasangan-cvrang-ini-nasihat-padu/
Be the first to comment on "Netizan banding dgn pasangan cvrang, sekali Edika bagi komen padu"