“ Hari Ke-2 Tanpa Shuk,” – Penyampai Baru Ambil Alih. Peminat Fizie Luah Pelbagai Rasa

Baru-baru ini, pihak pengurusan stesen radio Hot FM telah pun mengeluarkan kenyataan memaklumkan khidmat penyampai radio, Shuk Sahar akan digantvng buat sementara waktu berkuat kuasa serta merta.

Menurut laporan Harian Metro, pergantungan tersebut dibuat bagi memberi ruang kepada pihak pengurusan untuk melakukan sasatan dalaman berkaitan isu membabitkannya yang kini tulr di media sosial.

Dengan berkuat kuasanya pengumuman tersebut, kini hanya tinggal Fizie sahaja yang merupakan gandingan asal segmen Geng Pagi Hot (GPH) memandangkan pelawak, Shuib Sepahtu baru sahaja mengumumkan pengunduran dirinya daripada stesen radio berkenaan beberapa minggu lalu

Bagaimanapun, menerusi pemerhatian MH selama dua hari ini, segmen pagi itu kini dilihat telah diambil alih buat sementara waktu oleh pembaca berita, Amirulhakim Ahmad Lokman dan rakan penyampai, Jay Jamalina.

Perkhabaran tersebut nyata mengundang rasa sedih di hati segelintir pihak terutama para peminat Fizie.

Menerusi perkongsian di Instagram Stories, Fizie dilihat memuat naik semula reaksi peminat yang ternyata merindukan celotehnya itu.

Rata-rata peminat menyifatkan segmen pagi tersebut amat berbeza selepas ketiadaan Fizi, Shuk dan Shuib.

Terdahulu, pihak pengurusan Hot FM turut memaklumkan perkembangan terkini mengenai penggantungan Shuk akan diumumkan selepas siasatan dalaman selesai.

Baru-baru ini, tular di media sosial mengenai pergolakan rumah tangga membabitkan Shuk dan isterinya, Rossalennah Natassiah Asshaferah.

Menerusi beberapa hantaran yang dimuat naik di Instagram, Rossalennah mendakwa suaminya itu masih berlaku curang dengan wanita sama yang pernah dikaitkan sebelum ini.

Terdahulu, Shuk dan Rossalennah telah mendirikan rumah tangga pada 2015 dan dikurniakan dua cahaya mata perempuan, Nur Qurratu Ain, 4, dan Nur Assyifatu Aimi yang kini berumur setahun.

Shuib tinggalkan Hot FM, mahu fokus bisnes dan keluarga

Sebelum ini Pelawak dan penyampai radio, Shuib Sepahtu, 37, memutuskan untuk meninggalkan Hot FM selepas dua tahun berkhidmat untuk stesen radio itu.

Shuib atau nama sebenarnya Shahmira Muhammad memaklumkan perkhabaran itu sewaktu bersiaran pada segmen Geng Pagi Hot bersama Shuk dan Fizie, hari ini.

“Ini adalah kali terakhir saya akan bersiaran bersama Hot FM. Keputusan ini diambil kerana ingin menumpukan sepenuh perhatian kepada perniagaan yang dijalankan.

“Saya akui memang sangat berat hati dan sebenarnya terlalu sedih untuk tinggalkan Hot FM. Tiga bulan, juga saya ambil masa untuk membulatkan hati membuat keputusan ini.

“Bagaimanapun, dengan perniagaan saya yang semakin berkembang sekarang dan mahu fokus pada komitmen dalam menguruskannya sepenuh masa. Saya tidak mahu susahkan pihak Hot FM pada masa depan,” katanya.

Shuib juga menafikan dirinya dilamar stesen radio lain hingga menyebabkan dia meninggalkan Hot FM.

“Oh, tidak. Saya bukan dapat tawaran stesen lain. Ini pun kali kedua saya tinggalkan kerjaya penyampai radio dan kali ini memang nekad sebab ada dua alasan penting.

“Selain memajukan perniagaan, saya mahu fokus kepada keluarga terutama anak-anak. Mereka pun semakin membesar dan saya perlu memberi tumpuan dan membuat perancangan buat mereka,” katanya.

Shuib juga memaklumkan dia akan memperlahankan kerjaya seninya sepanjang tahun ini dan tahun hadapan.

“Meskipun akan perlahankan kerjaya seni, saya masih aktif menerusi media sosial dan dalam proses mengukuhkan saluran YouTube sendiri. Saya pasti akan gunakan platform itu untuk berkongsi setiap perkembangan terbaharu,” katanya.

Shuib memulakan kerjaya bersama Hot FM pada Februari 2019. Dia mengendalikan segmen Geng Pagi Hot bersama Shuk dan Fizie dari jam 6 pagi hingga 10 pagi.

 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Tube Viral

Sumber: Instagram Fizie & Harian Metr0

Apa komen anda?

Be the first to comment on "“ Hari Ke-2 Tanpa Shuk,” – Penyampai Baru Ambil Alih. Peminat Fizie Luah Pelbagai Rasa"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*