Neelofa Beri Bayangan Ikatan Dengan PU Riz Telah Pulih?

PETALING JAYA – Selepas hampir sebulan isu keret4kan hubungan cintanya diperkatakan, selebriti popular Neelofa dilihat mula memberi bayangan ikatannya dengan Pencetus Ummah (PU) Riz telah pulih.

Bekas pengacara Meletop itu dilihat memberi tanda suka (like) pada sekeping foto terbaharu yang dimuat naik Riz atau nama sebenarnya Muhammad Haris Mohd. Ismail, 26, dalam laman Instagramnya semalam.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by HARIS ISMAIL (@hrisbismail)

Tanda suka tersebut ditinggalkan pemilik nama penuh Noor Neelofa Mohd. Noor, 32, pada foto yang memaparkan Riz sedang memegang buku penulisannya berjudul Kaya Jiwa.

Pemantauan Kosmo! mendapati, kali terakhir bekas pengacara MeleTOP itu memberi tanda suka pada foto Riz sekitar tiga hari lalu.

Pada masa sama, Riz juga dilihat meninggalkan tanda suka dan menonton hantaran video terbaharu Neelofa yang dimuat naik lima hari lalu.

Difahamkan, tanda suka ber­kenaan merupakan yang pertama diberikan selepas hubungan mereka did4kwa ret4k sekitar akhir Disember lalu.

Tindakan pasangan itu yang saling berbalas tanda suka dalam hantaran Instagram masing-masing menguatkan lagi khabar angin bahawa hubungan mereka kembali pulih.

Lebih menguatkan spekvlasi, Neelofa dilihat kembali mempromosikan buku Kaya Jiwa dalam InstaStorynya sejak beberapa hari lalu.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Neelofa (@neelofa)

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Tube Viral

Sumber: KOSMO

Apa komen anda?

Be the first to comment on "Neelofa Beri Bayangan Ikatan Dengan PU Riz Telah Pulih?"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*