Shuk mengharap doa, akui rindu pada keluarga

Kuala Lumpur: Pelawak, pengacara dan penyampai radio, Shuk Sahar meminta pengikutnya di media sosial untuk sama membantu mendoakan rumah tangganya kekal bahagia.

Shuk menerusi perkongsian di Instagram semalam, memuat naik video bertemu lagi dengan dua anak perempuannya, Nur Qurratu Ain, 4, dan Nur Assyifatu Aimi, berusia setahun untuk melepas rindu.

Katanya, dia sangat merindui keluarga dan anak-anaknya. Malah, Shuk turut bercadang membawa anak-anaknya berjalan-jalan selepas Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) berakhir.

“Hari ini dapat jumpa anak-anak sekali lagi. Nanti, lepas PKP kita pergi jalan-jalan tau. Sekarang ini, tak dapat nak jalan-jalan sebab PKP.

“Sebenarnya rindu sangat pada keluarga dan anak-anak saya ini. Bila dapat jumpa macam ini pun dah okay sebenarnya, harap kalian dapat doakan kebahagiaan kami dan semoga semuanya kekal hingga ke syurga,” katanya.

Rata-rata warganet yang meninggalkan komen bersimpati dengan Shuk serta memintanya bersabar dan banyakkan berdoa semoga segala urusan dihadapi dipermudahkan oleh Allah SWT.

Terdahulu, tiga hari lalu Shuk juga berkongsi video di Instagram bertemu anak-anaknya dan  mengaku kesil4pan diri. Katanya, apa yang berlaku dalam hidup dan keluarganya ketika ini adalah berpvnca daripada kesil4pan sendiri.

Sementara itu, tinjauan Harian Metro di Instagram isteri Shuk, Rossalennah Natassiah Asshaferah mendapati wanita itu sibuk membuat ‘review’ produk kepada pengikutnya.

Menerusi satu video dimuat naik, Rossalennah atau mesra disapa Sera turut memohon maaf kepada pengikutnya berikutan sejak kebelakangan ini dia banyak membuat ‘review’ produk di Instagram.

“Saya nak mohon maaf, sejak akhir-akhir ini banyak sangat saya buat ‘review’. Seperti yang kalian tahu, saya kena teruskan lagi kehidupan.

“Saya tetap kena cari makan, cari rezeki untuk saya, untuk anak-anak dan apa semua,” katanya.

Rossalennah juga mengajak wanita-wanita yang berhadapan ujian sepertinya terus bangkit, tabah dan kuat walaupun hati rebah menyembah bumi.

Baru-baru ini, pergol4kan semula rumah tangga Shuk dan Rossalennah tul4r di media sosial berikutan pendedahan berani dibuat wanita itu yang mend4kwa suaminya cur4ng.

Menerusi beberapa perkongsian hantaran yang dimuat naik di Instagram, Rossalennah mendedahkan Shuk masih lagi mempunyai hubungan dengan wanita sama yang pernah dikaitkan dengannya sebelum ini.

Shuk dan Rossalennah mendirikan rumah tangga pada 2015 dan hasil perkongsian hidup itu, mereka dikurniakan dua cahaya mata perempuan.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber : https://www.hmetro.com.my/rap/2021/01/669695/shuk-mengharap-doa-akui-rindu%C2%A0pada-keluarga

 

 

 

Apa komen anda?

Be the first to comment on "Shuk mengharap doa, akui rindu pada keluarga"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*