Sebelum ini, nilai selipar berjenama terkemuka Louis Vuitton yang dipakai Tan Sri Annuar Musa ketika majlis tahnik cucunya mendapat perhatian warganet.
Terkini, jam dipakai Menteri Wilayah Persekutuan itu pula buat ramai tidak senang duduk. Mana tidaknya, ia didakwa bernilai ratusan ribu ringgit.
Kredit foto: Twitter
“Di bandar (Kuala Lumpur) golongan ini tidak dapat memenuhi keperluan asas seperti makanan, pakaian dan tempat tinggal, kami anggap mereka perlu dibantu dengan pelbagai jenis kemudahan dan bantuan selain harus ada perancangan khusus agar mereka tidak ketinggalan,” katanya selepas mengumumkan senarai 335 penerima Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat sempena Sambutan Hari Wilayah Persekutuan 2021.
Namun, jam di tangannya pula menarik perhatian ramai dan ada yang membuat carian di Google mendapati jam buatan Itali itu berharga RM953,024!
Bagaimanapun, ada yang tampil mend4kwa ia bukan jenama Richard Mille seperti diperkatakan, sebaliknya Annuar memakai jam jenama Hublot Spirit of Big Bang yang berharga lebih kurang RM175,000.
Kredit foto: Twitter
Tidak kurang juga meminta orang ramai bersangka baik dengan mengatakan jam itu tidaklah semewah dan semahal didakwa segelintir pihak.
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook
Sumber : – CARI
Be the first to comment on "Annuar Musa Dikec4m Cakap Pasal Kemlskinan, Tapi Sendiri Pakai Jam Mewah!"