Ebit Lew satu nama yang bukan calang calang dan dikenali seluruh rakyat Malaysia. Beliau menjadi terkenal bukan kerana terlibat dalam nyanyian atau pun seorang selebriti tetapi beliau terkenal kerana keikhlasan beliau membantu orang susah.
Dimana ada orang susah atau memerlukan bantuan sudah pasti Ebit Lew akan sampai untuk membantu.
Ebit Lew dan ahli pasukan beliau telah merantau seluruh pelusuk Malaysia untuk membantu orang orang yang memerlukan.
Dari menghadiahkan wang ringgit, membeli motorsikal baru, mencari rumah kediaman untuk yang tidak berkemampuan dan macam macam lagi usaha yang Ebit Lew buat untuk membantu orang susah.
Usaha terakhir Ebit Lew adalah membantu orang susah yang berada di Sabah. Ianya berakhir dengan satu kesedihan apabila ada isu dimana Ebit Lew tidak dibenarkan berada di kawasan tersebut atas faktor keselamatan.
Melalui laman rasmi TMJ, @HRH Crown Prince of Johor satu posing telah dimuat naik dimana TMJ menerima kehadiran Ebit Lew. Ini kata kata TMJ.
“Saya menerima mengadap Ustaz Ebit Lew pada hari ini. Sejak kebelakangan ini, beliau sering menolong rakyat terutamanya golongan asnaf dan daif yang memerlukan bantuan dengan sumbangan dan usaha-usaha kebajikan.
Antara aktiviti-aktiviti sumbangan yang paling saya kagumi adalah usaha beliau dalam membantu rakyat dengan peralatan perubatan, bekalan makanan dan barang keperluan asas.
Saya juga telah memberi sumbangan kepada usaha kebajikan Ustaz Ebit Lew agar beliau dapat membantu lebih ramai lagi rakyat yang memerlukannya.
Diharapkan beliau selalu dirahmati dan diberkati Allah”
Di dalam gambar tersebut kelihatan Ebit Lew telah menghadiahkan sehelai baju kepada TMJ.
Sememangnya unik pemberian Ebit Lew kepada TMJ. Alhamdullilah..
Semua mengucapkan syukur Alhamdullilah apabila 2 ikon mereka bertemu. Ada yang tinggalkan komen meminta negeri Johor menganugerahkan Ebit Lew dengan pangkat.
Terharu sebak dapat berjumpa DYMM TMJ. @hrhcrownprinceofjohor . Tuanku berkenan menerima mengadap.
Terharu Tuanku memberi kata semangat dan mendoakan. Tuanku hadiahkan Rm200 ribu ringgit bagi misi saya. Tuanku juga ingin Taja semua team saya pergi umrah. InsyaAllah akan bersama Tuanku dalam Kembara Johor.
Ya Allah TMJ sangat baik. Raja yang kuat memikirkan keadaan rakyat Johor dan seluruh Malaysia. Tadi panjang berbual berbincang bagaimana nak bantu orang susah dan menjaga agama Islam.
Mendidik anak muda. Naikkan institusi pendidikan. Saya malu sangat. Serius terharu terkesan akhlak dan sifat TMJ. Bayangkan dilayan macam kawan jer. Sedangkan saya cuma orang biasa.
Dari awal lagi masa beri bantuan Tuanku selalu beri semangat pada saya. Kami selalu bermesej juga. Kata beliau paling berharga, ustaz teruskan kebaikan ini walau orang tak suka. Kita hidup bukan untuk popular tapi berjaya. Bantu rakyat. Sedangkan usaha saya ini amat kecil dibandingkan usaha TMJ. RAJA JOHOR.
Menjunjung kasih Tuanku. InsyaAllah Tuanku offer untuk membantu segala misi saya di masa akan datang. Ya Allah kurniakanlah rahmat kesihatan buat Tuanku agar terus memimpin kami
KOMEN NETIZEN:
“Alhamdulillah…Terbaik Tuanku n Ustaz…semoga Allah berkati usaha2 TMJ n Ustaz”
“Alhamdullilah… terbaekk TMJ lps ni dh blh kurniakan dato dr Johor ni”
“Alhamdulillah… Semoga suatu hari nty ustaz ebit lew akn mndapat gelaran dari johor… Tngok memek muka tmj brsama UEL ade senyum”
Sumber : Facebook @HRH Crown Prince of Johor
VIDEO:
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook
Sumber : AwatttSyeikhh Network
Be the first to comment on "“ALLAH SAYANG TMJ” – TMJ Amat Mengagumi Ebit Lew,Tak Sangka Ini Yang Ebit Lew Terima Dari TMJ,Bukan Biasa Biasa Pemberian TMJ"