Ini Tempat Pilihan Intan Ladyana Dan Harris Alif Bakal Berbulan Madu Buat Ramai Terkejut

Selamat diijabkabulkan dengan sekali lafaz di Pejabat Agama Islam Wilayah Kuala Lumpur sekitar pagi tadi, pelakon Harris Alif bersyukur majlis pernikahannya dengan Intan Ladyana berjalan lancar.

Menurut Harris lagi, dia meluahkan rasa lega majlis nikahnya sudah pun selesai walaupun terpaksa menginjak tarikh pernikahan sehari awal daripada tarikh yang dirancang.

“Alhamdulillah saya rasa sangat bersyukur kerana dah selesai nikah walaupun umum kita tahu sekarang ini dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP2.0) susah nak buat majlis,” katanya.

Akur dengan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dilaksanakan pasangan itu terpaksa menangguhkan percutian dan berbulan madu di rumah sahaja.

“Perasaan tentunya terasa sikit namun kena biasakan dengan norma baharu. Bila keadaan kembali seperti sedia kala barulah rancang untuk pergi, jadi buat masa ini duduk sahajalah di rumah,” katanya.

Mengikut perancangan awal, Intan dan Harris mendapat tajaan lebih RM13.5 juta untuk beberapa majlis termasuk malam berinai, majlis pernikahan, resepi dan majlis bertandang.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Harris Alif (@harrisalif)

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Harris Alif (@harrisalif)

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Tube Viral

Sumber: ROTIKAYA

Apa komen anda?

Be the first to comment on "Ini Tempat Pilihan Intan Ladyana Dan Harris Alif Bakal Berbulan Madu Buat Ramai Terkejut"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*