“Kot Ye Pun Ment4l…” Baru Je Model Ni Minta Maaf Tudvh Akim Macam Tu, Sekali Zimi Pula Sound Ped4s

SELAKU salah seorang pencipta lagu Ramp4s, bekas anggota kumpulan Akim & The Majistret iaitu Zimi menegaskan model Jade Anh tidak mempunyai hak untuk mempert1kaikan babaknya dalam video muzik lagu tersebut dibuang.

Menurut Zimi, 37, model berketurunan Jerman-Vietnam itu hanya dibayar untuk menjadi model dalam MV tersebut namun keputusan untuk menapis aksinya atas persetujuan pihak syarikat rakaman.

Jelas pemilik nama Zarimi Zahari ini, keputusan itu dibuat selepas dinilai aksinya tidak bersesuaian dengan jalan cerita memandangkan lagu tersebut dicipta khas untuk arwah ibu kepada penyanyi Akim Ahmad.

Zimi sebelum ini memuat naik status mengenai kontr0versi MV Rampas.

“Sebenarnya dia tak ada hak pun nak bersuara mengenai MV Rampas dan tak hak nak minta penjelasan kenapa babak dia dibuang sebab keputusan semua atas pihak ATM!

“Dia tak sepatutnya nak pertikaikan pun sebab dia terima bayaran bukannya tak dapat apa-apa. Kalau babak dia kena buang ke ikut suka pihak kami la yang menentukan.

“MV itu pun milik cipta syarikat rakaman dan aksinya dalam MV itu pun memang tidak bersesuaian dengan jalan cerita lagu Rampas yang dicipta khas untuk arw4h ibu Akim,” kata Zimi kepada mStar.

Pada Jumaat, model tersebut mendedahkan aksinya terp4ksa ditapis kerana isteri kepada Akim iaitu Stacy Anam cembvru menonton babak-babak dalam MV berkenaan.

 

Mesej yang dihantar individu tersebut telah merum1tkan lagi keadaan.

ZIMI

KOMPOSER

Menyedari ciapan tersebut ditujukan kepadanya, Akim menjelaskan tindakan pihaknya menapis beberapa babak yang menampilkan wanita terbabit kerana mahu menjaga sensitiviti masyarakat.

Isu itu menjadi semakin kec0h apabila Jade tampil mendedahkan bukti mesej yang dihantar individu yang bertanggungjawab terhadap MV itu.

Bagaimanapun model berusia 21 tahun itu gag4l membuktikan kenyataannya sebelum ini yang mend4kwa sifat cembvru isteri Akim iaitu Stacy adalah punca MV R4mpas disunting semula.

Jade membuat permohonan maaf kepada Akim dan Stacy.

Dalam pada itu, Zimi yang juga seorang komposer memberi tegvran kepada Jade dan mana-mana pihak terlibat supaya tidak menyebarkan sebarang footage atau video MV sebelum ditapis.

“Saya nak beri tegvran kepada dia dan pihak yang terlibat supaya tidak menyebarkan footage atau video yang sudah disunting itu di mana-mana platform. Pihak produksi yang terlibat dalam MV itu pun tidak boleh sebarkan apa-apa.

“Individu yang mesej Jade itu pun tak ada kebenaran untuk menjelaskan kepada Jade kenapa beberapa babak dalam MV itu ditapis. Mesej yang dihantar individu tersebut telah merumitkan lagi keadaan.

“Jadi, saya harap tiada pihak yang cuba menyebarkan apa-apa melibatkan MV itu tanpa kebenaran syarikat rakaman jika tidak mahu dikenakan tindakan undang-undang,” ujarnya.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber : mStar

Apa komen anda?

Be the first to comment on "“Kot Ye Pun Ment4l…” Baru Je Model Ni Minta Maaf Tudvh Akim Macam Tu, Sekali Zimi Pula Sound Ped4s"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*