Tak Sangka, ‘Luahan’ Terbaru Bekas Suami Kepada Erra Fazira Jadi Buah Mulut

Kuala Lumpur: Bekas suami kepada penyanyi dan pelakon popular Erra Fazira iaitu Engku Emran Engku Zainal Abidin menitipkan ucapan ulang tahun kelahiran buat Erra yang ke-47 hari ini.

Engku Emran mendoakan semoga ibu kepada puteri tunggal mereka, Engku Aleesya sentiasa berada dalam rahmat Allah.

“Sayang ayah Aleesya. Hari ini adalah ulang tahun kelahiran ibu anda. Wanita yang paling penting dalam hidup anda. Moga Allah swt sentiasa merahmatinya di tingkat syurga tertinggi. Ameen Ya Rabb,” tulisnya di Instagram Story.

Ucapan hari jadi dari Engku Emran untuk Erra Fazira.
Ucapan hari jadi dari Engku Emran untuk Erra Fazira.

Engku Emran berkahwin dengan Erra pada 25 Oktober 2007 dan bercerai pada 18 Februari 2014. Pasangan itu dikurniakan anak perempuan Engku Aleesya yang kini berusia 11 tahun.

Dalam pada itu, ulang tahun kelahiran Erra turut menyaksikan ucapan penuh bermakna daripada sahabat baiknya, Datin Seri Umie Aida.

Walaupun persahabatan mereka pernah diuji dua tahun lalu, namun hubungan keruh itu dilihat semakin baik. “Selamat hari jadi Erra. Saya doakan semoga anda sentiasa dalam lindungan dan rahmat Allah swt serta umur yang diberkati,” tulisnya.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber : Harian Metro

 

Apa komen anda?

Be the first to comment on "Tak Sangka, ‘Luahan’ Terbaru Bekas Suami Kepada Erra Fazira Jadi Buah Mulut"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*