[VIDEO] Kes Cer4i Selesai, Sekali Zarina Anjoulie Kata Sed1h Tak Sempat Kata Benda Ni Pada Bek4s Suami

PELAKON Zarina Anjoulie meluahkan rasa syukur apabila urusan pencer4iannya dengan Eilyas Azhar atau lebih dikenali sebagai Yas dipermudahkan dan berakhir dengan baik pada Rabu.

Menerusi laman Instagram, Zarina atau nama sebenar Zarina Anjoulie Lavocah Mohd Fahizul, 34, berkongsi video dia hadir ke Mahkamah Syariah Seremban, Negeri Sembilan bagi menyelesaikan urusan tersebut.

“Assalamualaikum guys, Anju hari ini di Mahkamah Sendayan… Alhamdulillah dah selesai semua kes cer4i, semuanya berjalan lancar, semua orang sangat membantu.

“Anju jumpa Yas dekat situ je, lepas tu tak jumpa sudah… cuma sed1h sikit tak dapat cakap bye kat Yas tadi. Hari ini nak sambung jemput Martin dekat sekolah dan teruskan kehidupan,” katanya.

Pada 27 Januari lalu, Zarina mengumumkan bahawa perkahwinannya dengan Eilyas sudah berakhir selepas enam bulan mereka mendirikan rumah tangga.

Zarina kongsi video hadir ke mahkamah syariah di laman Instagram miliknya.

Zarina berkata keputusan itu adalah yang terbaik buatnya dan kini dia mahu fokus kepada kerjaya, anak lelaki dan keluarganya.

Sementara itu, Zarina turut mengucapkan terima kasih kepada mereka yang sentiasa memberikan sokongan terhadapnya sepanjang melalui tempoh sukar ini.

Pasangan ini berkahwin pada Julai tahun lalu.

“Terima kasih banyak atas kata-kata semangat dan sokongan ini… saya sangat hargai mesej semangat dan doa.

“Tak tahu macam mana nak balas. Terima kasih banyak,” ujarnya.

Zarina mendirikan rumah tangga dengan Eilyas pada 17 Julai tahun lalu di Pejabat Agama Islam Daerah Seremban, Negeri Sembilan selepas empat tahun bergelar ibu tunggal.

Sebelum ini, dia pernah mendirikan rumah tangga dengan jejaka berasal dari Brunei pada tahun 2015 dan bercer4i pada Disember 2016.

Hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan seorang anak lelaki yang diberi nama Awangku Gabriel Martin Ezra.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Zarina Anjoulie (@anjoulielavocah1)

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber : mStar

 

Apa komen anda?

Be the first to comment on "[VIDEO] Kes Cer4i Selesai, Sekali Zarina Anjoulie Kata Sed1h Tak Sempat Kata Benda Ni Pada Bek4s Suami"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*