Shuib Sudah Ada Peganti, Bukan Calang2 Artis Tapi Ini Pula Yg Menimpa Syuk

PENYANYI dan pelakon Mark Adam diumum sebagai penyampai baharu segmen Geng Pagi Hot (GPH), Hot FM bermula Isnin.

Mark bergandingan bersama seorang lagi penyampai iaitu Fizie bagi memeriahkan GPH selepas pengundvran Shuib pada hujung Januari lalu.

“Kerjaya saya terus berubah 360 darjah. Semasa ditawarkan untuk menjadi penyampai di Hot FM, saya fikir banyak kali sebab ini bukan saja kerjaya tetapi tanggungjawab yang perlu saya galas.

“Namun saya sedar peluang sebegini bukan datang selalu dan terus membuat keputusan untuk menyertai Hot FM. Peluang ini juga memberi ruang untuk saya menc4bar diri untuk mencuba sesuatu yang baru,” katanya.

Sementara itu, Mark berkata dia sedar mengenai kekurangannya bertutur dalam bahasa Melayu, namun tidak menjadikan ia sebagai halangan untuk menghiburkan pendengar.

Mark (kanan sekali) akui menghiburkan penonton menerusi radio lebih mencabar berbanding di televisyen.

Malah, dia mengakui teruja untuk memulakan tugas selepas menjalani sesi latihan bersama Fizie selama hampir sebulan.

“Bahasa Melayu bukanlah bahasa pertama saya, jadi untuk bertutur dengan lancar sebagai penyampai radio merupakan satu cabaran buat saya tetapi saya juga melihat peluang di Hot FM ini adalah salah satu cara untuk memperbaiki bahasa pertuturan saya.

 

Sememangnya perasaan sangat teruja untuk ke udara, tetapi rasa gugup memang ada kerana bukan mudah untuk menghiburkan pendengar menerusi radio!

MARK ADAM

PENYAMPAI BAHARU HOT FM

“Sememangnya perasaan sangat teruja untuk ke udara, tetapi rasa gugup memang ada kerana bukan mudah untuk menghiburkan pendengar menerusi radio.

“Kalau di program TV, saya tak cakap apa-apa pun orang sudah terhibur dan boleh bergelak ketawa. Tetapi, di radio saya kena sentiasa ada idea untuk dilontarkan dan pastikan para pendengar memahami informasi yang disampaikan.

Geng Pagi Hot sebelum ini dikendalikan oleh Shuib, Fizie dan Shuk.

“InsyaAllah, saya bersama Fizie dan Hot FM akan mencuba untuk menyajikan pengisian yang terbaik dan semoga para pendengar akan terhibur setiap pagi bersama GPH di Hot FM,” ujarnya.

Sebelum ini, GPH yang bersiaran setiap hari Isnin hingga Jumaat bermula pukul 6 pagi hingga 10 pagi dikendalikan oleh Shuib, Shuk Sahar dan Fizie.

Bagaimanapun, Shuk digantung tugas sementara pada 25 Januari lalu bagi memberi ruang kepada pihak pengurusan melakukan si1asatan dalaman mengenai isu rumah tangga pelawak itu yang tular di media sosial.

Sehingga kini, pihak pengurusan Hot FM mengesahkan bahawa isu ini masih dikaji dan dalam perbincangan dan sebarang pengumuman akan diumumkan kelak.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber : mStar

 

Apa komen anda?

Be the first to comment on "Shuib Sudah Ada Peganti, Bukan Calang2 Artis Tapi Ini Pula Yg Menimpa Syuk"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*