Buat Kerja Secara ‘Percuma’, – Uqasha Senrose Bengang Gaji Tidak Dibayar

Siapa je tak pan4s hati kalau dah janji untuk beri bayaran atas kerja yang kita dah lakukan, end up tiba-tiba di pengakhirannya kita pula yang buat kerja secara ‘percuma’.

Pelakon Uqasha Senrose nampaknya sudah tidak boleh menyimpan rasa marah apabila beliau kini secara terbuka telah membuat kenyataan di laman Instagram miliknya berkaitan satu jenama makanan berasaskan coklat.

Menurut Uqasha, beliau bersama pasangannya iaitu Kamal Adli telah membuat kerja secara ‘percuma’ apabila mereka tidak menerima sebarang bayaran daripada pihak tersebut.

Sebelum ini, pasangan kekasih itu memang sering membuat promosi mengenai makanan tersebut sehingga mengajak orang ramai untuk membuat duit sampingan dengan menyertai business produk berkenaan.

Namun semuanya seperti sia-sia sahaja apabila pihak tersebut tidak melunaskan bayaran seperti yang dijanjikan kepada Uqasha dan Kamal.

Disebabkan itu, Uqasha mengambil keputusan untuk memaklumkan kepada semua pengikutnya di laman Instagram berkenaan hal tersebut serta beliau turut tidak mahu namanya bersama dengan Kamal dikaitkan lagi dengan produk tersebut.

Alamak, tak boleh la macam tu kan sebab sebelum ini pun Uqasha dan Kamal memang sering mempromposikan jenama tersebut sehingga sanggup menghabiskan masa dan tenaga demi amanah yang diberikan, tapi akhirnya ini pula yang terjadi kepada mereka.

Apa pun, diharapkan isu ini dapat diselesaikan dengan segera lebih-lebih lagi dalam tempoh pandemik ni, mesti semua orang perlukan duit kan.

Sumber foto: Instagram Uqasha Senrose

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Tube Viral

Sumber: HOTFM

Apa komen anda?

Be the first to comment on "Buat Kerja Secara ‘Percuma’, – Uqasha Senrose Bengang Gaji Tidak Dibayar"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*